Sebagai salah satu usaha untuk mengawal penularan wabak COVID-19 di Malaysia terutamanya di ibu kota, Menteri Wilayah Persekutuan menegaskan bahawa semua sekatan jalan raya yang dikendalikan oleh pihak polis akan melaksanakan pemeriksaan suhu bahan ke atas pengguna jalan raya pada 28 Mac 2020 (Sabtu).

@AnnuarMusa/Twitter

Tan Sri Annuar Musa dalam kirimannya di laman Twitter berkata, sekiranya individu yang diperiksa mempunyai gejala demam, tindakan penahanan mungkin akan dibuat bagi pemeriksaan lanjut.

“Sekiranya ada tanda demam, anda mungkin ditahan untuk dibawa ke pusat pemeriksaan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Untuk menjalankan pemeriksaan suhu badan, setiap pegawai yang bertugas akan dibekalkan dengan alat pemeriksaan suhu badan.

Gambar hiasan – Unsplash

Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan selama dua minggu dari tarikh tamat asal kepada 14 April berikutan kes COVID-19 di Malaysia yang masih belum menunjukkan tanda-tanda penurunan kes.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular