Sejak penularan COVID-19 semakin meningkat di Malaysia, rakyat dilihat menjadi panik bukan sahaja dengan melakukan pembelian panik (panic buying) barangan keperluan seperti makanan dan lain-lain, malah pembelian topeng muka (mask) dan terkini sarung tangan (gloves) juga semakin popular.

Unsplash

Ketika ke pasar pada Isnin lalu, saya sendiri melihat rata-rata pengunjung yang datang ke pasar memakai topeng muka dan sarung tangan. Waktu itu saya pula rasa ‘bersalah’ kerana tidak memakai sarung tangan kerana berpendapat virus lebih mudah tersebar jika tidak memakai sarung tangan. Disebabkan itu, saya berusaha untuk membeli sarung tangan malangnya pekerja di salah sebuah supermarket di situ mengatakan stok sarung tangan sudah habis!

Bimbang akan perkara tersebut saya mula mencari maklumat tentang kepentingan pemakaian sarung tangan dalam menangani penularan COVID-19. Satu perkongsian daripada Dr Shazril Shaharuddin melalui instagram beliau menarik perhatian. Katanya pemakaian sarung tangan tidak efektif dalam mengelakkan jangkitan COVID-19 malah ia lebih berbahaya. Menurutnya, secara teori memang kulit jari tidak akan tersentuh virus apabila memakai sarung tangan tetapi secara praktikalnya tidak.

 

View this post on Instagram

 

Topic : To Glove Or Not To Glove? Pemakaian gloves pun cukup popular bila sy keluar membeli barang keperluan rumah. Persoalannya, adakah memakai gloves efektif dalam mengelakkan terkena jangkitan COVID-19? Jawapannya TIDAK, MALAH IA LEBIH BERBAHAYA. “Sebab ape pulak doc? Bile pakai gloves takdelah kulit jari kita sentuh virus tu”. Secara teorinya betul apa yg anda fikirkan tapi secara praktikalnya tidak. Ada dua sebab. Sebab pertama, gloves ni boleh menjadi pengangkutan untuk penyebaran virus. Contohnya anda beli groceries sambil pakai gloves then dengan gloves yg sama anda bukak pintu kereta, pegang stering, singgah pam minyak kejap & akhirnya buka tombol pintu rumah sebelum anda buang gloves tu. Kalau lah ada virus pada awal2 anda beli groceries tu tak ke dari supermarket, sekarang virus tu dah ada dalam kereta anda, di pam minyak & akhirnya di rumah anda? Sebab kedua, bila anda pakai gloves somehow anda tak akan basuh tangan dengan lebih kerap yelah sebab mesti anda fikir “selamat dah tangan aku dalam perlindungan gloves ni takyah dah aku basuh tangan” & jika membasuh tangan ini tak dapat dijadikan “habit” bayangkan apa akan berlaku sekiranya anda kehabisan gloves? Sentuh sana sini & tak basuh tangan sebab yelah tiada “habit” itu. Sedangkan jika anda tak pakai glove, anda akan kerap mencuci tangan/ hand sanitize. Lepas beli groceries hand sanitize, lepas isi minyak hand sanitize, sebelum bukak pintu rumah hand sanitize bukankah lebih selamat? Leceh kena hand sanitize sokmo? Sebab tu lah kerajaan suruh duduk rumah! In a nutshell amalkan nasihat WHO (World Health Organization) yg ternyata efektif, mudah & murah ni: 1) KERAP BASUH TANGAN ANDA DENGAN AIR & SABUN/ HAND SANITIZER 2) ELAKKAN DARIPADA MENYENTUH MUKA ANDA 3) JAGA JARAK ANDA DARIPADA ORANG LAIN SEKURANG-KURANGNYA 1 METER Tambah satu lagi nasihat daripada kerajaan kita 4) DUDUK RUMAH IKUT PERINTAH #schoolingbysay

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

Menurut doktor perubatan yang lebih dikenali dengan Dr.Say ini, ada 2 sebab mengapa dikatakan sarung tangan tidak efektif dalam mengelakkan jangkitan COVID-19 malah lebih berbahaya.

Pertama, sarung tangan boleh menjadi pengangkutan untuk penyebaran virus. Contohnya kita memakai sarung tangan ketika membeli barang dapur. Kemudian, dengan sarung tangan yang sama, kita membuka pintu kereta, memegang stereng kereta, singgah di pam minyak dan akhirnya membuka tombol pintu rumah sebelum kita membuang sarung tangan tersebut. Bayangkan jika virus sudah ada sejak kita membeli barang di supermarket, virus itu terus mengikut sehingga ke rumah kita!

Instagram

Sebab yang kedua ialah kita tidak akan membasuh tangan dengan lebih kerap kerana berfikiran tangan sudah terselamat daripada virus apabila sudah bersarung tangan. Walhal membasuh tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer adalah lebih penting dan bersih daripada menggunakan sarung tangan. 

Unsplash

Selain tidak efektif dalam mengelakkan jangkitan COVID-19, penggunaan sarung tangan dalam kalangan masyarakat hanya mendatangkan bahaya kerana tidak dilupuskan dengan cara yang betul. Di hospital atau klinik, terdapat satu tong sampah khas bernama clinical waste bin yang disediakan untuk membuang sarung tangan getah. Plastiknya berwarna kuning yang mana pelupusannya berbeza dengan sampah biasa. Bukan itu sahaja, lori sampah yang memungut clinical waste ini juga bukanlah seperti lori sampah biasa. Jika sarung tangan yang kita gunakan itu tidak dilupuskan dengan betul pasti virus akan tersebar kepada pemungut sampah pula!

Instagram

Oleh itu, hentikan pemakaian sarung tangan kerana ternyata pemakaian sarung tangan tidak efektif dalam mengelakkan jangkitan COVID-19 malah lebih berbahaya.

Instagram

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita wajar mengamalkan nasihat WHO (World Health Organization) yang ternyata efektif, mudah dan murah.

  1. Kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer.
  2. Elakkan daripada menyentuh muka sendiri.
  3. Jaga jarak kita daripada orang lain sekurang-kurangnya 1 meter.

Unsplash

Kerajaan juga sering mengingatkan kita agar duduk di rumah dan mengikut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 hingga 14 April 2020. 

Semoga perkongsian mengenai pemakaian sarung tangan ini menjadi titik tolak untuk kita amalkan cara hidup yang sihat demi diri sendiri, keluarga dan orang lain juga. 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular