Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berlangsung, kita tidak digalakkan untuk keluar daripada rumah melainkan untuk membeli makanan dan barangan keperluan yang penting sahaja.

Buat mereka yang tidak memasak, ketika inilah khidmat penghantaran makanan diperlukan. Aplikasi Grab Food, Food Panda macam-macam lagi dilihat amat membantu kita dalam mengharungi keadaan ini.

Permintaan tinggi pasti membuatkan mereka ini tidak menang tangan, di tambah lagi dengan cuaca kebelakangan ini yang kadang kala panas kemudian secara tiba-tiba hujan. Pernahkah kita terfikir ‘cabaran’ yang dihadapi oleh mereka ketika menghantar makanan?

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun Chong Ching Yen berkongsi satu kisah yang dialaminya sendiri, di mana ia melibatkan seorang penghantar makanan Grab Food.

Chong Ching Yen/Facebook

Selepas menghantar makan malam, beliau ternampak seseorang menolak motosikal dalam keadaan basah ekoran hujan. Chong kemudian memutuskan untuk memberhentikan kereta dan bertanya sesuatu kepada lelaki itu.

Chong pada ketika itu sudah mengetahui bahawa motosikal lelaki berkenaan telah kehabisan minyak petrol lalu beliau menawarkan diri secara sukarela untuk membantu membeli minyak petrol untuknya.

Tiba di stesen minyak yang terletak kira-kira 6 kilometer daripada lokasi lelaki itu, Chong kemudian membeli sebotol air mineral lalu beliau menuangkan air mineral tersebut sehingga botol ini benar-benar kosong.

Minyak petrol kemudian diisi di dalam botol berkenaan. Sesudah itu, Chong kembali ke lokasi lelaki itu tadi. Bimbang air hujan termasuk ketika lelaki itu menuang minyak ke dalam tangki, Chong berdiri memegang payung untuk menutupinya.

Motosikal lelaki berkenaan kemudian berjaya dihidupkan. Lelaki itu kemudian menghulurkan wang berjumlah RM10 namun ia ditolak secara baik oleh Chong. “Terima kasih”, ucap lelaki tersebut pada Chong.

Sebelum berlalu pergi, lelaki itu sempat meluahkan bahawa tugasannya dalam melakukan dua jenis kerja dengan menghantar makanan adalah tidak mudah. Ia memerlukan kerja keras.

Lelaki itu kemudian mengangkat tangannya sambil tersenyum sebagai tanda terima kasihnya. Melihat lelaki itu, Chong kemudian turut menaikkan tangannya pada lelaki terbabit.

Perkongsian kisah itu di laman Facebook setakat ini telah menerima 29,000 reaksi dan rata-ratanya amat terkesan lalu meninggalkan komen.

Chong Ching Yen/Facebook

Chong Ching Yen/Facebook

Chong Ching Yen/Facebook

Begitulah diharapkan terhadap rakyat Malaysia kesemuanya. Di saat orang lain ditimpa kesusahan, peluang inilah yang kita harus gunakan untuk membantu mereka mengharunginya tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan ideologi. Syabas Chong!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular