KUALA LUMPUR – Kerajaan akan membenarkan semua pemegang lesen memandu untuk dikecualikan daripada memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selaras dengan Sekyen 66 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), pelaksanaan arahan ini telah mula berkuat kuasa bermula Rabu (25 Mac 2020). Ekoran itu, semua pemegang lesen memandu individu yang telah mencapai tarikh luput lesen memandu tidak perlu memperbaharui lesen masing-masing secara dalam talian melalui portal mySikap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan MyEG.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pengecualian ini dilaksanakan setelah pihaknya  menyedari kesulitan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat Malaysia untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan perdagangan dan individu, termasuklah lesen vokasional (GDL dan PSV).

Jelas Ka Siong keputusan itu diambil selepas mengadakan perbincangan bersama dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Takaful Malaysia. Meskipun pengecualian telah diberikan, Ka Siong menasihati semua pemandu agar sentiasa membawa salinan sijil perlindungan (e-cover note insurans) setiap kali memandu sepanjang tempoh PKP ini berlangsung.

Mekanika
”Ini bermakna, sepanjang tempoh PKP, sesiapa yang mempunyai lesen memandu yang sudah luput masih boleh menggunakan kenderaan masing-masing dengan syarat kenderaan itu wajib memiliki perlindungan insurans yang sah. Tetapi pemegang lesen perlu memperbaharui lesen masing-masing dalam tempoh 30 hari selepas PKP diisytiharkan berakhir”.

Tambahnya lagi, “Perkara paling utama adalah memastikan perkhidmatan pembekalan barangan keperluan khususnya makanan kepada orang ramai tidak terjejas”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by www.roadtax.biz (@roadtax.biz) on

Berdasarkan rekod, jumlah pemegang lesen GDL yang akan tamat tempoh sah sepanjang bulan Mac adalah melebihi 2,750 pemandu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL

Video Popular