- Era Baru Malaysia - http://mb.erabaru.com.my -

Rakyat Malaysia dan abang Foodpanda edar topeng muka dan makanan secara percuma kepada anggota PDRM dan ATM yang berkawal. Tabik

Kita semua sedia maklum mengenai lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijangka akan berakhir pada 14 April nanti. Dalam tempoh ini juga, kawalan yang ketat telah dilaksanakan bagi mengelakkan rakyat Malaysia keluar dari rumah dan mengadakan aktiviti berjemaah sekali gus menjadi faktor kepada peningkatan jumlah kes akibat Virus Parti Komunis China (COVID-19).

Justeru, kita haruslah mengucapkan terima kasih kepada wira negara yang menjadi ‘frontliners’ dalam situasi genting ini. Anggota polis, tentera, doktor dan semua pihak yang terlibat secara langsung dalam memerangi wabak ini. Bagi menghargai jasa dan pengorbanan ini, seorang rakyat Malaysia telah bertindak di luar jangkaan dengan mengedarkan topeng muka dan cecair pembasmi kuman kepada anggota-anggota polis yang sedang membuat kawalan.

Menerusi video yang tular di Facebook [1] itu, kedengaran lelaki ini sempat bertanyakan kepada salah seorang anggota polis sama ada mereka mempunyai bekalan topeng muka yang mencukupi. Beberapa detik kemudian, lelaki ini dilihat mengedarkan sepaket topeng muka dan tiga botol cecair pembasmi kuman kepada anggota polis yang sedang berkhidmat.

Lebih mengagumkan lagi, lelaki berbangsa Cina ini turut sempat meminta anggota polis ini untuk memberikan topeng muka tersebut kepada sesiapa yang dilihat keluar tanpa memakai alat perlindungan mulut dan hidung itu.

“Kalau ada orang jalan tak pakai mask, you kasi dia”.

Dalam satu lagi perkongsian [2] yang tular, dilihat seorang pengguna Facebook bernama Zachary Goh mula mengedarkan topeng muka kepada anggota PDRM dan ATM yang dilihat menjalankan tanggungjawab sebagai ‘frontliners’ demi kesejahteraan negara tetapi terpaksa berhadapan dengan risiko penularan Virus PKC kerana ketiadaan bekalan topeng muka yang mencukupi.

“Abang polis kerja di tengah jalan dan masa saya lalu di sana, saya terkejut kerana ada lebih kurang 10 abang polis dan seorang abang askar tapi hanya ada seorang abang polis sahaja yg pakai topeng muka. Jadi saya keluarkan stok topeng muka yang saya ada dan saya pun menghulurkan kepada mereka sebab SAYA ANAK MALAYSIA !!”.

Sementara itu di Twitter [6] pula, tular video berdurasi 53 saat memaparkan sekumpulan pekerja penghantaran makanan Foodpanda mengedarkan makanan secara percuma kepada anggota polis yang bekerja di pondok kawalan. Tindakan murni ini telah menerima pujian yang menggunung daripada warganet di atas ihsan yang dilakukan oleh rakyat Malaysia demi memastikan kesejahteraan masyarakat.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

loading...