KUALA LUMPUR – McDonald’s Malaysia telah bertindak menaja makanan kepada sekitar 50 buah hospital di seluruh negara secara berkala dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia Azmir Jaafar, “Ini adalah masa yang mencabar untuk negara dan kita perlu prihatin dengan petugas barisan hadapan yang mempertaruhkan nyawa untuk kita kerana jasa bakti mereka, kita mampu mengawal penularan wabak ini”.

Inisiatif McDonald’s Malaysia untuk menaja makanan di hospital-hospital ini dijangka akan memanfaatkan hampir 15,000 petugas kesihatan di seluruh Malaysia yang sedang berusaha sebaik mungkin dalam memerangi virus Parti Komunis China (COVID-19) ini.

Selain hospital, McDonald’s Malaysia turut membuat penghantaran makanan secara berkala kepada petugas barisan hadapan (frontliners) lain seperti anggota PDRM dan juga tentera yang berkawal di seluruh negara. Pada masa yang sama, McDonald’s Malaysia turut memulakan kempen mengajak rakyat Malaysia untuk bersatu padu semasa tempoh PKP ini berlangsung.

Menerusi konsep #KitaBoleh yang dicetuskan oleh McDonald’s Malaysia, diharap langkah ini dapat mengukuhkan semangat perpaduan dan perjuangan dalam kalangan rakyat Malaysia dalam menghadapi saat-saat yang mencabar ini. #KitaBoleh juga secara langsung melambangkan pengorbanan para petugas barisan hadapan yang sentiasa bertungkus-lumus bekerja ketika rakyat kekal berada di dalam rumah masing-masing sepanjang PKP.

“Menyumbang kepada komuniti di sekitar lokasi kami beroperasi adalah sebahagian daripada nilai teras McDonald’s Malaysia. Ini adalah sumbangan kecil kami bagi membolehkan kita mengharungi masa sukar ini bersama-sama sebagai rakyat Malaysia. Tak dilupa juga penunggang McDelivery yang gigih bekerja memastikan pelanggan dapat terus menikmati hidangan McDonald’s kegemaran mereka,” kata Azmir lagi.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular