- Era Baru Malaysia - http://mb.erabaru.com.my -

PM : Pencarum KWSP dibenar keluar RM500 sebulan bermula 1 April bagi meringan beban kos sara hidup akibat COVID-19

PUTRAJAYA – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum RM500 sebulan selama 12 bulan, bagi meringankan beban kos sara hidup akibat impak wabak COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam Sidang Media Khas Perdana Menteri pada 23 Mac 2020, beliau berkata, inisiatif kemudahan pengeluaran i-Lestari dijangka akan memberi manfaat kepada 12 juta pencarum KWSP, dengan anggaran pengeluaran RM40 bilion.

Beliau berkata, dengan inisiatif itu, ditambah dengan kadar caruman yang telah dikurangkan sebanyak 4 peratus bermula April 2020, ia akan membolehkan para pekerja mempunyai lebih wang dalam poket masing-masing untuk membeli barangan keperluan harian.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja/Facebook [1]

“Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barang- barang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini. Yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga.” kata Tan Sri Muhyiddin.

“Mungkin juga wang ini sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung bayaran bil air, bil elektrik atau sewa rumah mengikut keperluan masing-masing,” katanya dalam kenyataan media khas itu.

Tan Sri Muhyiddin berkata, inisiatif itu merupakan langkah yang telah diputuskan oleh Majlis Tindakan Ekonomi (EAC), sebagai sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung rakyat ekoran menerima kesan penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi turut memutuskan inisiatif-inisiatif lain seperti berikut :

2. Kerajaan juga bersetuju untuk menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan bagi menyokong usaha menangani COVID-19. Selain itu, peruntukan sebanyak RM100 juta juga disediakan kepada Kementerian Kesihatan untuk melantik 2,000 kakitangan baharu secara kontrak, terutamanya Jururawat.

3. Kerajaan juga telah bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM130 juta kepada negeri-negeri untuk membantu Kerajaan Negeri menangani krisis COVID-19.

4. Kerajaan juga telah bersetuju untuk memberikan lanjutan masa dari 3 bulan kepada 6 bulan bagi penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM750 juta.

Ikuti kenyataan lengkap Sidang Media Khas Perdana Menteri di bawah :

loading...