Pengguna media sosial Facebook pada Selasa lalu telah berhadapan dengan satu masalah di mana Facebook menghalang pengguna untuk menyebarkan sebarang entri yang berkaitan dengan Covid-19.

Menurut Naib Presiden Integriti Facebook iaitu Guy Rosen, permasalahan ini berlaku disebabkan oleh sistem tapisan automatik yang mengesan isu Covid-19 ini sebagai ‘spam’ dan telah menghalang para penggunanya daripada memuat naik sebarang entri berkenaan perkara itu.

VisualHunt

“Kami sedang menangani perkara ini. Ia adalah sejenis bug di dalam sistem tapisan spam , tidak mempunyai perkaitan dengan sebarang perubahan di dalam tenaga kerja kandungan moderator kami. Kami sedang dalam proses untuk memperbaiki dan mengembalikan kesemua entri yang telah dikongsikan”.

@sfmnemonic/Twitter

Namun begitu, ramai yang percaya bahawa kejadian ini berlaku disebabkan oleh tindakan Facebook yang meminta ramai pekerjanya untuk bekerja dari rumah sekali gus menyebabkan seluruh proses pengendalian sistem dikendalikan secara automatik oleh mesin.

Perkara ini turut disokong oleh Alex Stamos yang merupakan bekas eksekutif keselamatan di Facebook. Katanya, perubahan tenaga kerja ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan isu ini boleh berlaku.

“Nampaknya peraturan anti-spam di Facebook telah mengalami gangguan. Facebook menghantar pulang moderator kandungan semalam yang secara amnya tidak boleh bekerja dari rumah disebabkan oleh komitmen peribadi yang ditetapkan oleh syarikat. Kita mungkin sedang menyaksikan permulaan pembelajaran mesin yang akan terganggu sekiranya dibiarkan tanpa pengawasan manusia”.

@vj_um_amel/Twitter

Sementara itu, majoriti pengguna Facebook yang berhadapan dengan isu ini telah meluahkan rasa amarah mereka terhadap kelemahan sistem tapisan Facebook.

Ada yang mempersoalkan mengapa berita yang begitu penting seperti penularan wabak Covid-19 dianggap sebagai ‘spam’ oleh pihak Facebook.

Lebih mengeruhkan keadaan lagi apabila tiada sebarang makluman dan respon diberikan oleh Facebook ketika isu ini berlaku.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular