Gargamel mahupun wabak COVID-19 tidak mampu menghentikan perhimpunan ‘The Smurfs’ di Perancis.

Lebih daripada 3,500 orang mencoreng muka, kaki dan tangan mereka dengan warna biru, memakai topi putih atau merah, dan berkumpul sambil berpesta pada 8 Mac 2020 yang lalu di sebuah pekan kecil bernama Landerneau di barat laut Perancis untuk berkumpul menjadi Smurf.

Acara itu berlangsung sehari sebelum Perancis mengeluarkan perintah pengharaman perhimpunan berskala besar melebihi 1,000 orang di negara itu pada 9 Mac, dalam usaha membendung pandemik koronavirus COVID-19.

smurfs.official/Instagram

Datuk Bandar Landerneau, Patrick Leclerc mempertahankan perhimpunan itu dengan berkata, ia adalah perkara biasa dalam masa ‘kegelapan suasana’.

“Kita tidak boleh berhenti menjalani kehidupan … ini adalah peluang untuk mengatakan bahawa kita masih hidup,” kata Leclerc kepada media.

“Kami fikir bahawa sedikit keseronokan akan membuat kita semua berasa lebih baik pada masa ini,” katanya.

Rekod dunia untuk ‘orang teramai berpakaian Smurfs’ sebelum ini dicatatkan di Lauchringen, Jerman apabila 2,762 orang berhimpun dalam acara itu pada bulan Februari 2019.

nbcnews/Instagram

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengesyorkan agar orang ramai mengelakkan perhimpunan membabitkan orang ramai dan tinggal di rumah sebanyak mungkin semasa krisis wabak yang sedang berlaku, namun ramai peserta tidak berasa gentar dengan ancaman virus yang menular dengan pantas itu.

“Kami fikir kita tidak perlu bimbang dan orang Perancis tidak akan berputus asa untuk cuba memecah rekod dunia. Dan sekarang kita adalah juara dunia, kita akan menghancurkan koronavirus!” kata salah seorang peserta dengan bangga.

Setakat 20 Mac 2020, wabak COVID-19 telah menjangkiti 10,886 orang dan telah membunuh 372 orang di Perancis.

 

View this post on Instagram

 

Friends are here to lift you up 💙 . . . #smurfs #schtroumpf #friends #love #fun #happy #smile #girl

A post shared by The Smurfs Official (@smurfs.official) on

smurfs.official/Instagram

The Smurfs merupakan watak kartun dari komik Belgium yang amat popular tentang koloni makhluk biru yang kecil dan comel. Ia telah disesuaikan menjadi kartun bersiri di televisyen yang pertama kali ditayangkan pada tahun 1981, dengan tiga adaptasi filem bermula tahun 2010.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Eropah GLOBAL

Video Popular