- Era Baru Malaysia - http://mb.erabaru.com.my -

Bimbang jika perlu kuarantin tanpa makanan mencukupi, suri rumah di Australia dedahkan makanan yang telah disiapkan untuk hadapi musim COVID-19

Isu COVID-19 semakin hari semakin memburuk. Jumlah kes yang dilaporkan meningkat setiap hari dan jumlah kematian juga tidak berkurangan. Puluhan ribu orang mati di seluruh dunia sehingga virus ini diisytihar sebagai pandemik yang sangat membimbangkan global.

Paul Kane/Getty Images

Banyak negara mula menutup bandar-banda mereka. PendudukĀ  diarahkan untuk tidak keluar rumah melainkan ada perkara penting yang perlu diuruskan. Duduk di rumah adalah langkah terbaik yang boleh dilakukan oleh orang awam dalam membantu membendung masalah ini.

Oleh itu, ramai yang mula menyiapkan diri dan keluarga dalam menghadapi saat genting ini. Ramai yang mula membanjiri pasar raya untuk mendapatkan keperluan harian. Di Australia contohnya, para suri rumah mula memulakan ‘tugas’ mereka untuk menyediakan bekalan makanan untuk keluarga untuk menghadapi waktu sukar ini. Ramai suri rumah yang menunjukkan apa yang telah mereka sediakan. Lihatlah di dalam peti sejuk mereka, macam-macam ada!

Ramai suri rumah di Australia mendedahkan bahawa mereka telah mula bersedia untuk jangka panjang. Mereka pergi ke pasar raya berhampiran untuk membeli sayur-sayuran, buah-buahan segar, makanan dalam tin dan barangan lain. Malah tisu tandas telah habis dijual.

Semua sayur-sayuran, buah-buahan dan daging segar disusun kemas di dalam peti sejuk supaya sentiasa segar untuk dimakan nanti.

Ada juga yang membuat sup tomato dalam kuantiti yang banyak kerana berfikir bahawa sup tomato adalah sihat dan sesuai dinikmati ketika suasana genting seperti sekarang.

Oleh kerana bilangan kes yang disahkan di seluruh dunia meningkat, semua orang mula mengehadkan pergerakan mereka namun soal pemakanan tetap diambil kira.

Pakar menyarankan supaya orang ramai menyiapkan makanan bijirin di rumah untuk menghadapi situasi ini kerana makanan jenis ini boleh disimpan untuk jangka masa yang lama. Adalah lebih praktikal jika buah-buahan kering dan ubat-ubatan juga disediakan di rumah.

loading...