SINGAPURA – Singapura mengeluarkan arahan yang melarang semua warganegara Malaysia yang bekerja di negaranya untuk masuk ke negara tersebut mulai 18 Mac 2020.

CATHERINE LAI/AFP via Getty Images

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, keputusan tersebut dibuat selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan ke seluruh negara bermula pada 18 Mac hingga 31 Mac ini.

“Perdana Menteri sudah mengumumkan perkara itu malam tadi. Jabatan Imigresen Malaysia akan mengambil langkah sewajarnya mengikut keputusan dibuat. Bermula esok, semua rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan Thailand dilarang memasuki negara berkenaan”.

ROSLAN RAHMAN/AFP via Getty Images

Perintah Kawalan yang dilaksanakan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Antara intipati yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam sidang media khas tersebut adalah:

  • Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuklah aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya
  • Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara
  • Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara
  • Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta
  • Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institusi latihan kemahiran di seluruh negara
  • Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular