Jika anda mencari-cari kereta yang direka khas untuk dua orang penumpang, termasuk pemandu, dengan konsep yang menarik dan comel, mungkin anda akan berminat dengan kereta ini.

Ami One, yang direka oleh pengeluar kereta dari Perancis yang terkenal iaitu Citroen, telah melancarkan sebuah kereta elektrik dengan konsep yang sangat moden, comel dan kompak.

Cocomy

Sebelum ini, Citroen hanya membentangkan konsep kereta yang comel ini di Geneva Motor Show sahaja, tetapi, setahun kemudian, syarikat ini telah menjadikan konsep rekaan ini sebagai realiti dan orang ramai menyukainya.

Rekaan kereta Ami One yang comel ini hanya memuatkan seorang pemandu dan seorang penumpang sahaja dalam satu-satu masa. Bahagian bumbung kereta ini pula dipenuhi dengan cermin agar penumpang boleh menikmati panorama yang indah semasa menaikinya. Tambahan pula, saiz cermin tingkap yang luas juga memberi impak yang luar biasa bagi penumpang.

Cocomy

Dengan penggunaan cermin yang luas sebegini, ruangan yang sebenarnya kecil di bahagian dalam kereta menjadi seolah-olah luas dan tidak menyesakkan. Bijak!

Cocomy

Saiz kereta Ami One yang comel ini ialah 2,400 x 1,390 x 1,520 mm dengan radius pusingan sebanyak 3,600mm yang sesuai dengan pemanduan di jalanraya Eropah.

Keunikan lain bagi ciptaan kereta ini juga adalah rekaan pintu keretanya yang dibuka secara bertentangan. Bagi ruang pemandu, arah bukaan pintu kereta adalah bertentangan daripada kereta biasa, manakala, bagi ruang penumpang, arah bukaan pintu keretanya adalah sama seperti biasa.

Cocomy

Cool!

Cocomy

Bagaimanapun, kerana rekaan kereta Ami One yang kecil, tiada ruangan simpanan belakang yang disediakan, namun, penumpang boleh meletakkan sejumlah barangan di ruangan kaki. Selain itu, fungsi-fungsi lain bagi kereta yang comel ini juga boleh diakses melalui aplikasi My Citroen yang menjadikan konsep kereta ini kelihatan sangat moden dan kehadapan!

Cocomy

Oleh kerana kereta Ami One ini adalah berasaskan caj elektrik, jadi kemampuannya juga adalah terhad di mana had laju maksimumnya adalah 45 km/j dan jarak maksimumnya hanyalah sebanyak 70km sahaja.

Tetapi, tempoh masa yang diperlukan untuk mengecaj kereta ini juga hanyalah sesingkat 3 jam sahaja. Agak cepat juga untuk sebuah kereta!

Cocomy

Harga jualan bagi Citroen Ami One adalah 6,000 Euro (RM 28,706.80).

Maybe you're interested :

Share

Video Popular