AMERIKA SYARIKAT – Pihak National Basketball Association (NBA) memutuskan untuk menghentikan liga pada musim ini selepas dua orang pemain pasukan Utah Jazz disahkan positif dengan COVID-19.

Keputusan tersebut dibuat untuk mengelakkan keadaan lebih buruk berlaku setelah hasil ujian Rudy Gobert yang positif beberapa saat sebelum perlawanan pasukan itu menentang Oklahoma City Thunder pada pagi 12 Mac.

Jeenah Moon/Getty Images

Perkara itu disahkan oleh pihak Utah Jazz yang memberitahu bahawa pemainnya diuji negatif influenza, sakit tekak dan juga jangkitan pernafasan. Namun sebagai langkah berjaga-jaga, ujian saringan COVID-19 telah dilakukan.

Selain daripada Gobert, pemain kedua yang turut disahkan positif adalah Mitchell Donovan. Menurusi kenyataannya di Instagram, beliau difahamkan akan terus mengikut nasihat kakitangan perubatan.

“Saya menghargai pihak berkuasa di Oklahoma yang membantu saya terutamanya semasa proses ujian dijalankan dan semua individu daripada Utah Jazz yang terus memberikan sokongan kepada saya”.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan NBA, pihaknya menggantung permainan sehingga notis lanjut. NBA akan menggunakan hiatus ini untuk menentukan langkah seterusnya untuk menangani masalah pandemic COVID-19 ini.

Terdahulu pada Rabu, Pesuruhjaya NBA, Adam Silver dan para pemilik pasukan telah mengadakan perjumpaan untuk membincangkan langkah yang perlu diambil ketika wabak itu yang kian memburuk.

JOSEPH PREZIOSO/AFP via Getty Images

Pemilik kepada Mavericks, Mark Cuban dalam responnya memberitahu ESPN bahawa, “Saya percayakan keputusan Adam. Kamu tahu, ia bukanlah soal bola keranjang ataupun wang. Jika dibiarkan, virus ini akan mengjangkiti pemain lain dan melarat sehinggalah kepada keluarga”.

“Mereka cuma mahu memastikan keputusan ini adalah tepat. Kita lihat bagaimana kesan wabak ini di negara-negara lain dan kini para pemain pula berpotensi untuk terkena jangkitannya. Ia sesuatu yang gila”, luahnya.

Awal minggu lalu, Gobert telah bertemu dengan para wartawan dan dengan berseloroh, beliau telah menyentuh mikrofon dan juga alat perakam suara. Perkara tersebut berlaku selepas liga itu telah mengeluarkan beberapa memo yang menasihati pemain akan betapa seriusnya COVID-19.

Menurut ESPN, para pemain daripada pasukan Jazz yang bermain dalam tempoh 10 hari yang lalu diarahkan untuk menjalankan kuarantin, di mana ia turut melibatkan Cleveland Cavaliers, New York Knicks, Boston Celtics, Detroit Pistons dan Toronto Raptors.

Difahamkan sebanyak 259 perlawanan iaitu kira-kira 21% daripada jadual pada musim ini akan terkesan dengan situasi berikut dan buat masa ini tiada siapa yang tahu waktu perlawanan tersebut akan disambung semula.

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular