Siapa suka makan udang masak mentega? Rasanya ramai yang suka tetapi siapa yang tahu kaedah sebenar untuk menghasilkan ‘bebenang emas’ yang ditaburkan di atas hidangan ini?

Kebanyakan individu lebih selesa memasak udang mentega tanpa bebenang itu tetapi apa salahnya kalau kita mempelajari kemahiran dan teknik masakan yang baharu yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook dengan nama akaun Suzana Othman.

Suzana Othman/Facebook

Sebelum menjamu selera, kita haruslah menjamu mata kita dahulu. Hidangan udang masak mentega akan kelihatan lebih menarik dan menyelerakan dengan adanya hiasan bebenang itu. Jadi apa tunggu lagi? Jom kita belajar langkah demi langkah mengikut cara beliau. Mudah sahaja!

Bahan A:

  • 1 kg udang
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Tepung Bestari
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan B:

Suzana Othman/Facebook

  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 4 tangkai daun kari
  • Cili api (bergantung kepada citarasa anda)
  • Mentega
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam
  • 4 keping keju
  • 4 biji telur kuning

Cara-caranya:

Pertama sekali, bersihkan udang anda. Kemudian, perapkan bersama Bahan A.

Suzana Othman/Facebook

Goreng di dalam minyak yang panas. Ketepikan.

Suzana Othman/Facebook

Kemudian, panaskan minyak bersama mentega. Tumis bawang putih sehingga naik baunya dan masukkan daun kari serta potongan cili api.

Suzana Othman/Facebook

Masukkan susu cair, serbuk lada sulah, gula dan serbuk pati ayam. Tak perlu tambah garam.

Suzana Othman/Facebook

Setelah kuah menggelegak, masukkan kepingan keju. Teruskan kacau sos mentega anda.

Suzana Othman/Facebook

Kemudian, masukkan udang yang telah digoreng tadi.

Suzana Othman/Facebook

Gaul sehingga sebati dan tutupkan api.

Suzana Othman/Facebook

Dalam mangkuk lain, pukul telur kuning.

Suzana Othman/Facebook

Panaskan minyak dalam kuali lain bersama setengah biji mentega. Bila minyak dah cukup panas, perlahankan api. Guna senduk seperti dalam gambar.

Suzana Othman/Facebook

Angkat mangkuk tinggi-tinggi, tuangkan telur perlahan-lahan kemudian kacau dengan laju untuk membentuk bulatan. Kacau laju-laju bagi mendapatkan bebenang telur yg halus.

Suzana Othman/Facebook

Biarkan seketika sehingga minyak berbuih. Tutup api dan toskan.

Suzana Othman/Facebook

Hidangan Udang Masak Mentega Keju Berkrim siap untuk dimakan!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular