- Era Baru Malaysia - http://mb.erabaru.com.my -

Petua mudah jadikan rumah anda berbau wangi dan segar sepanjang masa

Gembira bukan kalau dapat mengekalkan udara nyaman dalam rumah? Namun, untuk mengekalkan bau wangi dalam kediaman kadangkala memakan perbelanjaan yang tinggi.

Tetapi, jangan runsing dahulu kerana kita sebenarnya ada kaedah alternatif lain yang boleh digunakan. Dengan beberapa tips mudah dan barangan yang senang didapati kita sebenarnya boleh memberi kesegaran di dalam rumah.

Apa yang lebih menarik cara begini adalah lebih semula jadi dan mesra alam dengan penggunaan bahan kimia yang sedikit. Berikut adalah beberapa bahan dan langkah mudah yang boleh diikuti:

1. Gunakan bijirin oat

Gambar Hiasan/Pexels [1]

Sekiranya anda merasakan bau rumah anda tidak menyenangkan langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah dengan memeriksa peti sejuk atau tong sampah. Letakkan oat di dalam bekas kemudian letakkan bekas tersebut di dalam peti sejuk atau ke dalam tong sampah.

Tujuannya ialah supaya oat tersebut dapat menyerap bau-bau yang tidak menyenangkan. Kaedah ini sangat berkesan dan selamat kerana ia tidak menggunakan sebarang bahan kimia.

2. Pelembut fabrik

Gambar Hiasan/Pixabay [2]

Pelembut fabrik adalah produk yang sebenarnya mempunyai pelbagai fungsi selain untuk digunakan di dalam cucian. Untuk menghilangkan bau yang tidak senang di rumah anda boleh ambil pelembut fabrik dan masukkan ke dalam air mendidih.

Bau daripada wap tersebut akan merebak ke seluruh rumah anda. Untuk menambah aroma pula, anda juga boleh masukkan beberapa batang kayu manis.

3. Dryer sheets

Gambar Hiasan/VisualHunt [3]

Gambar Hiasan/YouTube [4]

Meletakkan dryer sheets di belakang kipas mungkin kelihatan pelik dan tetapi ia sebenarnya telah terbukti berfungsi dan berkesan. Bau segar daripada kertas tersebut akan meresap ke dalam seluruh ruangan.

4. Gunakan penyegar pakai buang

Gambar Hiasan/YouTube [5]

Bau yang tidak menyenangkan kadangkala disebabkan oleh sisa makanan yang tidak terurai atau tersekat di dalam sinki.

Apa yang perlu dilakukan ialah dengan gunakan penyegar pakai buang dan masukkan tablet kecil tersebut ke dalam sinki. Kaedah ini dapat menghilangkan bau-bau yang mengganggu.

5. Cuka pembersih yang wangi

Gambar Hiasan/VisualHunt [3]

Apabila anda mahu hilangkan bau yang tidak enak, jangan tutup bau tersebut tetapi cuba untuk mengesan puncanya dan hapuskan punca bau tersebut. Anda boleh gunakan alat pembersih yang mempunyai bau yang wangi.

Cara paling mudah dan berkesan ialah dengan membuat cuka pembersih anda sendiri dengan menggunakan beberapa jenis herba segar dan lemon atau kulit oren.

Kaedah ini bagus kerana ia bukan sahaja mudah dibuat sendiri malah lebih murah dan berkesan untuk membuatkan rumah anda berbau segar.

6. Minyak pati (essential oil)

Gambar Hiasan/Pixabay [2]

Antara kaedah yang terbukti selama ribuan tahun ialah dengan menggunakan minyak pati. Anda boleh masukkannya di dalam air mendidih, serapkan minyak dengan kain, masukkan ke dalam beg vakum, mendidihnya, letakkannya di atas kain, masukkannya ke beg vakum, diffuser atau boleh juga masukkan ke dalam alat pelembap (humidifier).

Minyak yang paling sesuai untuk membawa kesegaran ialah minyak sitrus seperti limau gedang, limau, oren dan herba seperti pudina atau kayu putih (eucalyptus).

7. Ekstrak vanila

Gambar Hiasan/VisualHunt [3]

Ekstrak vanila bukan hanya boleh digunakan untuk memasak, tetapi juga untuk menghasilkan bau yang manis di dalam rumah anda.

Rendam span kecil dalam ekstrak vanila dan letakkan di dalam mangkuk hangat. Anda juga boleh letakkan mangkuk tersebut di sebelah radiator.

8. Membuat kek atau biskut

Gambar Hiasan/Pexels [1]

Salah satu cara yang paling mudah dan paling menyeronokkan ialah dengan membakar sesuatu di dapur. Rumah anda bukan sahaja berbau segar malah secara langsung anda sudah ada hidangan untuk dinikmati bersama keluarga.

Namun, jika anda tiada masa untuk membuat kek atau biskut anda boleh gunakan venila yang dipanaskan di dalam kuali dan biarkan selama kira-kira 15 minit pada suhu sekitar 250 darjah.

9. Rebusan kepingan epal dan kayu manis

Gambar Hiasan/Pexels [1]

Gambar Hiasan/Pexels [1]

Sekiranya anda tidak suka menyalakan lilin atau menggunakan minyak pati, cara lain yang baik untuk menghasilkan bau wangi di dapur ialah dengan merebus beberapa kepingan epal dan kayu manis di dalam periuk.

Bayangkan, hanya dengan menggunakan epal dan kayu manis sahaja sudah boleh buatkan seluruh ruangan berbau segar. Mudah bukan?

10. Lemon

Gambar Hiasan/Pexels [1]

Ramai yang tahu bahawa lemon bukan sahaja memiliki khasiat tersendiri jika dimakan atau diminum tetapi lemon juga sebenarnya boleh memberi bau segar di rumah.

Selain berfungsi sebagai pewangi semula jadi, lemon juga boleh digunakan sebagai pembersih yang selamat untuk membersihkan lantai, kaunter dan perabot kayu.

11. Beg arang

Gambar Hiasan/AC-Photo [6]

Satu lagi cara terbaik untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dan sekaligus boleh membersihkan udara adalah dengan menggunakan beg arang. Anda boleh membeli beg arang yang dijual di atas talian [7] atau mungkin mahu membuatnya sendiri dengan mengunakan arang yang aktif.

Arang bukan hanya berfungsi sebagai penapis bau, tetapi dapat juga digunakan untuk ‘memerangi’ bakteria dan alergen. Beg ini boleh digunakan sehingga satu tahun.

12. Baking soda

Gambar Hiasan/Pixabay [2]

Baking soda adalah salah satu alat yang terkenal dan serba guna di rumah. Antara kegunaan lain baking soda ialah ia dapat meneutralkan bau serta boleh menghilangkan kotoran pada permaidani atau hamparan lantai.

Caranya mudah, letakkan agen ini di atas permukaan yang kotor dan biarkan selama setengah jam sebelum divakum.

13. Tablet pembersih mesin basuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nicole Anderson (@dustinnikki) [8] on

Gambar Hiasan/Instagram [9]

Tablet pembersih mesin basuh sangat berkesan untuk menghilang bau yang tidak enak dalam mesin basuh anda.

Hasilnya, ruangan dapur anda bukan sahaja segar dengan bau ini tetapi secara langsung pakaian anda juga tidak akan meresap bau-bau lain yang kurang enak.

14. Lilin wangi

Gambar Hiasan/Pexels [1]

Lilin wangi atau lilin beraroma sentiasa menjadi pilihan orang ramai untuk memberikan bau yang wangi di dalam rumah. Baunya yang segar dan wangi bukan sahaja baik untuk rumah malah sekaligus dapat memberi ketenangan kepada mereka yang menghidunya.

15. Menyemburkan minyak wangi pada mentol

Gambar Hiasan/Pexels [1]

Cara ini mudah sekali iaitu dengan menyemburkan sahaja minyak wangi pada mentol yang sejuk. Apabila mentol memanas dan kemudiannya ia akan menyebarkan aroma wangi di seluruh ruangan.

loading...