KUALA LUMPUR – Kedudukan anggota pentadbiran berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah terbatal pada Isnin, 24 Februari 2020.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan untuk membatalkan pelantikan menteri-menteri atas nasihat Perdana Menteri.

Perkara tersebut tertakluk dalam peruntukan Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan pada 24 Februari 2020 selaras dengan peletakan jawatan Perdana Menteri.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan media berkata, “Sehubungan itu, tugas-tugas anggota pentadbiran, merangkumi Timbalan Perdana Menteri, para menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik, adalah terhenti pada tarikh yang sama,”

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan untuk melantik Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri interim, sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular