KUALA LUMPUR- Kementerian Kesihatan telah mengumumkan bahawa terdapat dua lagi kes baru COVID-19 di Malaysia yang melibatkan dua orang warganegara China pada 15 Februari lalu.

Mereka yang disahkan positif ialah seorang lelaki 27 tahun yang merupakan seorang pelancong dan seorang lagi ialah wanita berusia 32 tahun yang menetap di Malaysia.

Lelaki tersebut yang merupakan seorang ahli perniagaan dikesan mempunyai simptom virus ketika melakukan pemeriksaan ni pintu masuk negara di Bukit Kayu Hitam, Kedah. Keputusan sampel klinikal yang diambil mengesahkan bahawa dia positif dengan COVID-19. Dia kemudian dibawa ke wad pengasingan Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

Kementerian Kesihatan (MOH) menyiarkan satu kenyataan di Twitter, mengatakan bahawa wanita yang telah tinggal di Malaysia telah melawat keluarganya di China antara 22 Januari hingga 30 Januari lalu.

Sehingga hari ini, terdapat lebih daripada 69,000 kes COVID-19 yang telah dishakan di seluruh dunia. Di mana, lebih daripada 68,500 berlaku di tanah besar China, di mana virus baru telah membunuh lebih daripada 1,600 orang penghidap.

Sebelum pengumuman terbaru oleh KKM ini, tiga orang penghidap Koronavirus yang disahkan di negara ini telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang sebaik sahaja keputusan ujian mereka negatif.

Di samping itu, pihak KKM juga tampil memberikan kenyataan menafikan berita yang kononnya terdapat lima kes Koronavirus yang berlaku di hospital kerajaan di Klang. Dakwaan tersebut berlaku selepas rakaman video lima saat menjadi tular pada hari Jumaat.

Apa yang berlaku ialah pihak KKM hanya melakukan prosedur standard (SOP) untuk menjalankan operasi pengesanan kontak rapat dan dakwaan mengenai kes baru Koronavirus di Klang adalah palsu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular