Ayah merupakan seorang insan yang begitu bermakna dalam kehidupan seseorang. Dialah yang bertungkus lumus membanting tulang demi memenuhi keperluan dan kemahuan keluarga. Tanpanya, siapalah kita…

Bahkan ketika usia mereka sudah lanjut sekalipun, mereka akan cuba sedaya upaya untuk menjaga anak-anaknya sebaik mungkin. Walaupun sepatutnya anak-anaklah yang seharusnya menjaga mereka, bukan?

James Fortune/Facebook

Di Rhode Island, Amerika Syarikat, seorang bapa berusia 96 tahun telah dihadapkan ke mahkamah setelah didapati melanggar peraturan jalan raya – memandu melebihi had laju berhampiran dengan kawasan sekolah.

Kes berkenaan diadili oleh seorang hakim, Frank Caprio yang sangat terkenal dengan penuh rasa belas kasihan dan empati ketika menjalankan tugasnya.

“Anda disabitkan kerana melanggar peraturan pemanduan di zon sekolah”, kata Frank yang berusia 83 tahun selaku hakim ketika kes tersebut dibicarakan.

“Saya tidak memandu dengan laju. Saya berusia 96 tahun dan saya memandu dengan perlahan. Saya juga hanya memandu ketika keadaan benar-benar memerlukan”, balas lelaki tersebut, Victor Coella.

“Saya hanya membawa anak saya untuk berjumpa dengan doktor setiap dua minggu bagi mendapatkan rawatan kansernya. Dia merupakan orang kelainan upaya (OKU)”, tambahnya lagi.

James Fortune/Facebook

Setelah mendengar penjelasan daripada Victor, Frank terus menghujahkan “Kamu merupakan seorang lelaki yang baik. Kamulah cerminan rakyat Amerika yang baik. Kamu sudah berusia lebih 90 tahun dan masih lagi menjaga keluarga”.

Ia merupakan satu perkara yang hebat. Berapa umur anak kamu?”, soal Frank dan kemudian Victor menjawab bahawa anak lelakinya kini berumur 63 tahun.

Pada ketika itu, Victor kelihatan sudah tidak mampu menahan sebak dan ianya sangat meruntun hati sesiapa yang menyaksikannya.

James Fortune/Facebook

“Saya harapkan yang terbaik untuk anak kamu dan semoga kamu sentiasa sihat. Kes kamu disingkirkan. Semoga nasib menyebelahi kamu dan semoga Tuhan merahmati kamu”, kata Frank yang menamatkan perbicaraan berkenaan.

Ternyata keputusan yang diputuskan oleh Frank merupakan satu keputusan terbaik, memandangkan ia melibatkan latar belakang si pesalah – yang sudah pun berumur dan kini menjaga anak OKU yang menderita dengan kanser. Terima kasih, Tuan Hakim!

Jom kita saksikan video penuh di bawah :

James Fortune/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular