Kemunculan imej satelit menunjukkan tahap perlepasan sulfur dioksida (SO2) yang luar biasa tinggi di Wuhan, bandar 11 juta penduduk di mana wabak COVID-19 berasal. 

Perlepasan sulfur dioksida yang tinggi pada tahap luar biasa di Wuhan dikaitkan dengan pembakaran mayat secara besar-besaran menunjukkan jumlah kematian yang tinggi akibat wabak COVID-19 yang pertama kali dilaporkan pada 31 Disember tahun lalu.

Windy.com/Paparan Skrin

Arahan yang dikeluarkan oleh pegawai tertinggi di China mengatakan mayat mangsa harus ‘dibakar dengan segera’, dan dalam perkhidmatan pengebumian yang rendah. 

Para saintis mendakwa sulfur dioksida akan terhasil apabila sama ada mayat atau sisa perubatan sedang dibakar.

Berdasarkan imej peta yang dikeluarkan oleh Windy.com, pakar berkata paras sulfur dioksida berada pada paras yang membimbangkan di Wuhan, tanpa terdapat bandar lain di China yang menunjukkan paras yang sama. 

Data menunjukkan tahap pelepasan berada pada 1,350 mikrogram per meter padu (1,351μg / m3) pada hujung minggu lalu.

Windy.com/Paparan Skrin

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dos yang dibenarkan iaitu 500 μg / m3 tidak boleh dibebaskan melebihi jangka masa 10 minit.

Kepekatan SO2 selama 15 minit sebanyak 533 μg / m3 sudah dianggap ‘tinggi’ oleh kebanyakan negara di dunia.

Kepekatan yang tinggi juga dikesan di bandar Chongqing yang juga diletakkan di bawah kuarantin. 

Windy.com/Paparan Skrin

Walau bagaimanapun, ia masih tidak jelas jika terdapat kaitan langsung antara tahap tinggi SO2 dengan wabak COVID-19.

Pendedahan kepada paras sulfur dioksida yang tinggi boleh mengakibatkan komplikasi kesihatan termasuk asma dan radang paru-paru.

Angka kematian akibat wabak COVID-19 mencapai korban 1,486 atau lebih.

China melaporkan peningkatan kes COVID-19, tetapi optimis bahawa langkah-langkah kawalan penyakit dengan mengasingkan bandar-bandar utama mungkin berfungsi. 

YouTube/Paparan Skrin

Negara itu mengumumkan sebanyak 4,823 kes terbaru dilaporkan setakat 8 pagi 14 Februari.

Dengan peningkatan setiap hari, jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia ialah 64,312 dengan angka kematian 1,486 orang yang dilaporkan termasuk kematian di luar China iaitu di Hong Kong, Filipina dan Jepun.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular