Kadangkala, anda berasa putus asa kerana dikata tidak cukup baik dengan pencapaian diri.

Namun ini tidak bermakna anda akan gagal selamanya kerana saat bakat anda diiktiraf orang lain sebenarnya belum tiba.

Bakat Joe Whale amat luar biasa kerana pada usia 9 tahun dia sudah mampu menghasilkan seni lakaran ‘doodle’ dengan imaginasinya yang meliar, tetapi orang sekeliling tidak menyedari potensi bakatnya itu kecuali ibu bapanya dan pencinta seni.

Ketika berada dalam kelas di sekolah, Joe suka bermain-main dengan apa sahaja yang terbayang di dalam fikirannya dan menterjemahkannya dalam bentuk ‘doodle’ sama ada di atas kertas atau objek lain seperti meja, kerusi, papan putih mahupun dinding.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Joe whale (@thedoodleboy.co.uk) on

thedoodleboy.co.uk/Instagram

Dan gurunya melabel Joe Whale sebagai seorang pelajar sering berangan-angan dan bermasalah kerana suka melakukan ‘doodling’ tidak bertempat.

“Anak saya berasa kecewa apabila sedikit sahaja seni ‘doodle’ yang dihasilkannya di atas papan putih di dalam kelas menyebabkannya mendapat masalah dan dimarahi guru,” kata Greg Whale, bapa Joe.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Joe whale (@thedoodleboy.co.uk) on

thedoodleboy.co.uk/Instagram

“Joe seorang anak yang amat berbakat dan dia juga cemerlang dalam sukan bola sepak dan kriket di sekolah, tetapi seni lukisan paling menarik perhatian dan dia menjiwainya,” kata Greg.

Setelah menyedari bakat Joe boleh pergi lebih jauh walaupun dalam keadaan anaknya itu hanya bermain-main dengan imaginasi, Greg dan isterinya memutuskan untuk menghantarnya ke kelas seni selepas waktu sekolah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Joe whale (@thedoodleboy.co.uk) on

thedoodleboy.co.uk/Instagram

Ibu bapa Joe telah dapat mengenal pasti bakatnya dalam bidang seni dan mereka akan terus menyokong dan menggalakkan anak ini dalam memperluaskan kreativiti serta potensi diri di kelas seni itu.

Keputusan ibu bapa Joe amat tepat kerana selepas menghantar Joe mengikuti kelas seni, bakat anak ini akhirnya diperakui.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Joe whale (@thedoodleboy.co.uk) on

thedoodleboy.co.uk/Instagram

“Kami memutuskan untuk menghantar Joe ke kelas seni ‘Bloom’ selepas waktu sekolah dan dia berada di sana selama kira-kira enam minggu dan amat menyukai setiap saat sepanjang berada di sana,” jelas Greg.

Semasa berada dalam kelas itu, hasil seni ‘doodle’ Joe telah mendapat perhatian guru seninya dan mereka memberinya dinding khas supaya dia boleh terus melakar kreativiti ‘doodling’ di atasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Joe whale (@thedoodleboy.co.uk) on

thedoodleboy.co.uk/Instagram

“Anak saya begitu seronok melukis ‘doodle’ di atas dinding itu setiap minggu sepanjang dia berada di situ,” kata Greg.

Kemudian guru seni Joe yang kagum dengan bakatnya bertanya dan meminta izin Greg untuk memuat naik gambar hasil seni ‘doodle’ itu di laman Instagram bagi membolehkan semua orang melihat hasilnya.

Karya seni Joe tidak mengambil masa yang lama untuk diiktiraf apabila ia telah mendapat perhatian kalangan pengguna Instagram termasuk seorang pemilik restoran mewah di Shrewbury dikenali ‘Number Four’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Joe whale (@thedoodleboy.co.uk) on

thedoodleboy.co.uk/Instagram

Kata Greg, “Mereka mahu Joe menyempurnakan projek lakaran ‘doodle’ pada seluruh dinding di ruang makan restoran, dan kami semua berasa amat gembira penuh teruja.”

Insan paling teruja dan melompat kegembiraan sudah tentu sekali Joe yang diberikan peluang keemasan untuk menunjukkan bakatnya dan kini bebas melakar kreativiti menghasilkan ‘doodle’ dengan sepuas-puasnya di atas dinding yang disediakan khas buatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Joe whale (@thedoodleboy.co.uk) on

thedoodleboy.co.uk/Instagram

Selepas menerima tawaran itu, Joe dan ayahnya akan pergi ke restoran tersebut selepas waktu sekolah untuk menyelesaikan projek seni lakaran ‘doodle’ yang telah diamanahkan kepada mereka.

“Selepas waktu sekolah, Joe menghabiskan masa beberapa jam setiap malam dengan meletakkan kreativiti dan imaginasinya di atas dinding restoran itu,” kata Greg.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Joe whale (@thedoodleboy.co.uk) on

thedoodleboy.co.uk/Instagram

“Joe amat menyukai ‘doodling’ dan kami amat berbangga dengan bakat dan pencapaiannya, hakikat ia satu bidang bebas dengan pelbagai pilihan, tetapi mereka memilih anak kami yang berusia 9 tahun untuk melakukan tugas seorang profesional dan ia amat mengagumkan,” kata Greg.

Manakala guru seni Joe, Kerry pula berkata, “Saya menyedari bakat luar biasa Joe dalam seni lukisan sebaik sahaja melihat lakaran-lakaran ‘doodle’nya.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Joe whale (@thedoodleboy.co.uk) on

thedoodleboy.co.uk/Instagram

“Saya bertanya kepada ibu bapa Joe untuk melihat beberapa hasil seninya bagi menilai tahap bakat dan selepas melihatnya, saya berasa amat kagum dan terus memindahkannya ke kelas bertahap lebih tinggi,” kata Kerry.

Menurut Kerry, “Hasil kerjanya sangat tepat dan teliti, sangat seimbang dan dia terus mendapatkan dakwat yang sesuai untuk mencipta kerjanya dengan sempurna sejak dari awal tanpa perlu berlatih terlebih dahulu.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Joe whale (@thedoodleboy.co.uk) on

thedoodleboy.co.uk/Instagram

Berkat bakat dan kemahiran ‘doodling’ yang hebat serta sempurna bagai seorang artis profesional, Joe Whale kini digelar ‘The Doodle Boy’.

Lihat perkembangan terkini dan hasil kerja seni Joe Whale yang mengagumkan di laman Instagram miliknya, thedoodleboy.co.uk.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Joe whale (@thedoodleboy.co.uk) on

thedoodleboy.co.uk/Instagram

Kisah inspirasi yang menunjukkan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam memupuk potensi diri anak-anak dengan terus memberikan sokongan kepada mereka untuk menjadi insan berjaya dalam bidang yang diminati.

Banyak perkara hebat mungkin berlaku setelah anda memuji, mengiktiraf serta menggalak bakat anak-anak seperti mana yang dilakukan oleh ibu bapa ‘The Doodle Boy’ Joe Whale.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular