Pada 28 Januari lalu beberapa video tular di internet yang merakamkan sejumlah besar burung gagak berterbangan di beberapa kawasan seperti Yichang, Jingzhou, Hanchuan, Jiaozuo dan Henan. Puluhan mungkin ratusan burung tersebut juga mengeluarkan bunyi yang agak aneh dan kuat.

Sekumpulan burung gagak terbang di langit bandar Han, sebuah provinsi Hubei dianggap sebagai petanda buruk dan dipercayai bahawa setiap kali ada kematian, burung gagak akan berbunyi. 

    

Sekumpulan burung gagak terbang di langit bandar Yi Chang, sebuah provinsi Hubei sehingga ada netizen yang memberi komen; berapa ramai yang mati di situ?

Sekumpulan burung gagak terbang di langit bandar Jiaozuo, sebuah provinsi Hubei. Ada netizen yang percaya bahawa ia adalah petanda kepada peralihan kuasa. Dalam kepercayaan masyarakat China kuno jika berlakunya peralihan dinasti, burung gagak akan terbang di langit.

Beberapa orang netizen yang merakam video tersebut mengatakan kemungkinan burung-burung gagak tersebut berbunyi dan berterbangan dengan banyaknya kerana terbau bangkai. Hal ini kerana bangkai dapat menarik burung gagak dan burung gagak juga adalah pemakan bangkai. Kejadian tersebut membuktikan bahawa ada bau busuk mayat di beberapa kawasan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular