BRAZIL – Penemuan sejenis virus misteri di sebuah tasik oleh para saintis telah menimbulkan tanda tanya selain mencetuskan teka teki apabila ianya tidak pernah ditemukan sebelum ini.

Menurut laporan, ia dijumpai secara tidak sengaja pada bulan Januari lalu di Tasik Pampulha, iaitu sebuah tasik buatan yang terletak di bandar Belo Horizonte.

Oli Scarff/Getty Images

Virus berkenaan diberi nama sebagai Yaravirus bersempena dengan nama Yara – iaitu kepercayaan mitos tentang seekor ikan duyung yang memiliki kuasa ghaib dalam memikat tentera untuk tinggal bersamanya di dasar laut.

Menurut laporan daripada para pengkaji, mereka mendapati bahawa sebanyak 90% gen Yaravirus berkenaan tidak pernah dilihat sebelum ini lantas menjadikan ianya agak unik dan misteri.

Kajian seterusnya terhadap 8,500 bahan genetik daripada seluruh dunia berdasarkan pangkalan data saintifik pula gagal memberi maklumat dan petunjuk tentang virus berkenaan.

Oleh kerana virus tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana virus lain di dunia, meninggalkan pasukan penyelidik dengan tanda tanya.

Difahamkan bahawa Yaravirus diambil daripada makhluk bersel tunggal yang digelar sebagai amoeba, di mana ianya hidup dalam persekitaran yang lembap.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by George.Oliveira (@george.oliveirajr) on

Menurut pasukan penyelidik berkenaan, hanya 6 daripada 74 gen sahaja urutan genom virus tersebut pernah direkodkan sebelum ini manakala 68 selebihnya lagi tidak pernah dilihat.

Wakil pasukan penyelidik dari Federal University of Minas Gerais yang terletak di Brazil, penemuan ini sudah tentu memperluaskan lagi pengetahuan mereka tentang kepelbagaian DNA virus.

Buat masa ini, Yaravirus difahamkan tidak mendatangkan ancaman kepada manusia kerana ianya tidak boleh dipindahkan pada manusia, hanya antara amoeba sahaja.

Dua tahun yang lalu, dua anggota kanan pasukan berkenaan, Bernard La Scola dari Aix-Marsielle University di Perancis dan Jonatas S Abrahao dari Federal University of Minas Gerais turut menemui Tupanvirus.

Tupanvirus yang diberi nama sempena kepercayaan mitos masyarakat tempatan turut dijumpai di sebuah tasik yang terletak di Brazil. Ianya merupakan virus besar kerana dilindungi oleh cengkerang protein yang besar.

Manakala Yaravirus adalah specimen dan kurang kompleks. Saintis menjelaskan bahawa ianya adalah novel. Tetapi pada masa yang sama ia membawa sejumlah besar gen yang belum pernah diketahui.

Penemuan berkenaan berlangsung ketika dunia masih lagi berjuang dengan penularan Covid-19, terutamanya di seluruh China dan puluhan negara lain selepas ia mula dikesan pada bulan Disember tahun lalu.

Covid-19 bermula daripada haiwan di pasar makanan di China dan dijangkiti pada manusia. Sejak daripada itu, ia mula disebarkan dengan lebih meluas antara manusia melalui batuk mahupun bersin.

Berdasarkan ramalan oleh pegawai perubatan dari Hong Kong, Covid-19 ini dikhuatiri berpotensi untuk menjangkiti lebih 60% daripada populasi penduduk jika usaha mengekangnya gagal.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular