SINGAPURA – Bank terbesar Singapura DBS Group Holdings mengarahkan 300 kakitangan untuk meninggalkan ibu pejabat pada 12 Februari dan bekerja dari rumah sebagai langkah berjaga-jaga selepas seorang pekerja didapati positif menerima jangkitan koronavirus (COVID-19).

ROSLAN RAHMAN/AFP via Getty Images

Singapura telah melaporkan 50 kes COVID-19, salah sebuah negara dengan kes tertinggi di luar China, termasuk kes penyebaran tempatan. 

Kerajaan telah berusaha untuk menenangkan kebimbangan rakyat selepas negara itu menaikkan amaran Kedudukan Sistem Tindak Balas Perebakan Penyakit ke tahap jingga pada minggu lalu yang telah mencetuskan pembelian panik keperluan penting seperti beras dan kertas tandas.

The Epoch Times/ Roslan Rahan/AFP via Getty Images

“DBS mengesahkan hari ini bahawa seorang pekerja telah dijangkiti Novel Coronavirus,” kata jurucakap DBS dalam satu kenyataan. 

Kenyataan menyebut seorang pekerja telah menjalani ujian saringan pada 11 Februari dan bank itu dimaklumkan mengenai pengesahan positif koronavirus pada pagi Rabu.

Sehingga tempoh tengah hari, bank tersebut telah meminta semua kakitangan di tingkat di mana pekerja yang dijangkiti itu bekerja di ibu pejabat yang terletak di Marina Bay Financial Centre (MBFC) untuk mengosongkan premis.

Bank tersebut mempunyai lebih 5,000 orang pekerja di MBFC, di mana syarikat mendiami 18 tingkat dalam satu menara. Pekerja di bank memberitahu Reuters, selain tingkat yang menempatkan pekerja itu, tingkat lain tidak terjejas.

“Kami juga sedang melakukan pengesanan hubungan terperinci dengan semua pekerja dan pihak lain yang mana pekerja dijangkiti mungkin telah berhubung,” kata DBS.

Kakitangan syarikat telah membentuk barisan panjang di luar pejabat dalam bangunan yang terletak di daerah kewangan Singapura itu ekoran majikan mula memeriksa dan mengambil suhu pekerja. 

The Epoch Times/ Roslan Rahan/AFP via Getty Images

Amaran daripada pengurus bangunan mengenai kes tersebut telah menjadi tular sehingga ke pusat bandar dan dikongsikan di media sosial.

Sesetengah syarikat, termasuk DBS telah membatalkan taklimat fizikal, sebaliknya mengendalikannya melalui laman maya dan mesyuarat secara dalam talian. 

Kerajaan juga telah memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak berjabat tangan ketika mengadakan pertemuan dan mesyuarat.

Wabak COVID-19 kini telah mengatasi wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang telah mengorbankan lebih 30 orang di Singapura pada tahun 2003 dan hampir 800 di seluruh dunia.

DBS berkata ia telah mengaktifkan pelan kesinambungan perniagaan di mana para pekerja terlibat boleh bekerja dari rumah atau secara dalam talian.

DBS juga akan membekalkan kakitangan dengan pek penjagaan kesihatan dan perlindungan wabak termasuk topeng muka, termometer, pembersih tangan, dan vitamin C.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular