Pintasan Saloma ataupun Saloma Link yang mula dibuka pada 5 Februari lalu menjadi satu mercu tanda baru di kawasan kota Kuala Lumpur, di mana ia menghubungkan pejalan kaki berdekatan stesen LRT Kampung Baru ke Menara Berkembar Petronas (KLCC).

@Twt_Cyberjaya/Twitter

Pembinaan yang menelan kos sebanyak RM31 juta ternyata amat indah terutamanya ketika malam apabila ia disinari dengan limpahan lampu bewarna warni dan ia sudah pasti ia menjadi tumpuan orang ramai.

Tetapi walaupun baru beberapa hari ianya mula dibuka pada orang ramai, nampak gayanya ia sudah mula dikotori ekoran sikap segelintir pengunjung yang tidak menitikberatkan kebersihan di tempat awam.

@Twt_Cyberjaya/Twitter

Baru-baru ini tular satu tweet menggunakan akaun @Twt_Cyberjaya, di mana kita dapat lihat gambar sisa tumpahan minuman yang dibawa pengunjung pada lantai di pintasan yang memiliki jarak 370 meter berkenaan.

@Twt_Cyberjaya/Twitter

Memang menyakitkan mata yang melihat apatah lagi mereka yang berada di lokasi tersebut pada ketika itu. Oleh yang demikian, akaun Twitter berkenaan turut menasihati orang ramai untuk tidak membawa sebarang air minuman ketika mengunjungi tempat tersebut.

“Jangan bawa minuman, bubble tea, Setabak di Pintasan Saloma ni. Orang ramai, jalan sikit je memang boleh berlanggar dengan orang lain. Sama-sama kita jaga kebersihan”, tulis tweet terbabit.

Rata-rata warga Twitter turut berasa kesal dengan sikap segelintir pengunjung seperti itu.

@Twt_Cyberjaya/Twitter

@Twt_Cyberjaya/Twitter

@Twt_Cyberjaya/Twitter

Tidak kurang ada yang mencadangkan langkah yang perlu diambil oleh pihak berkuasa

@Twt_Cyberjaya/Twitter

Oleh yang demikian, orang ramai diharapkan untuk lebih bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan kawasan sekeliling, lebih-lebih lagi di kawasan yang menjadi tumpuan ramai pengunjung.

Malulah kalau fasiliti kelas pertama tapi sikap masih lagi di takuk yang lama, bukan?

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular