Sering kali kita fikir bahawa haiwan bergantung hidup terhadap manusia – memberinya makan, menjaganya dan memenuhi keperluannya. Namun hakikatnya, hidup kita juga tidak sempurna tanpa kehadiran haiwan peliharaan.

Mereka bukan sahaja menjadi tempat kita mengadu bahkan mereka juga mampu membantu kita ketika waktu-waktu yang memerlukan. Seperti yang dilakukan oleh dua ekor anjing bijak ini.

Seorang wanita menggunakan nama akaun Emay Chan baru-baru ini telah berkongsi satu situasi yang tidak disangka melibatkan dua ekor anjingnya di laman Facebook.

Menurut wanita itu, lebih kurang jam 8 pagi iaitu ketika dia mula mahu bersarapan, dia secara tiba-tiba terdengar bunyi salakan kedua ekor anjingnya yang begitu kuat. Ini membuatkan wanita itu segera bangun dan keluar untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku.

Sebaik sahaja keluar daripada rumah, alangkah terkejutnya wanita itu apabila ternampak pengawal keselamatan terjatuh bersama dengan basikal yang sedang ditungganginya.

Wanita itu dengan pantas menghubungi 999 dan meminta adik lelakinya untuk meminta bantuan jiran sekeliling untuk melihat keadaan individu tersebut dan bantu mengalihkannya ke tepi jalan.

Puas menunggu selama 30 minit, akhirnya ambulans pun tiba. Ketibaan sedikit lewat oleh pihak ambulans membuatkan wanita berkenaan berasa geram memandangkan waktu pada ketika itu adalah pagi – waktu kerja.

Tambah wanita itu, lelaki berkenaan dipercayai mengalami tekanan darah tinggi ekoran tiada rekod kesihatan sebelum ini.

Mujurlah ada kedua anjing miliknya itu. Dengan salakan yang kuat, maka dapatlah mereka yang berdekatan menyedari. Jika tidak, tiada siapa yang tahu akan keadaan itu.

Sudah terbukti bahawa kehadiran haiwan peliharaan sangat membantu manusia, memandangkan mereka sentiasa dalam keadaan yang waspada dengan persekitaran sekeliling. Terima kasih kepada anjing Emay kerana mereka telah menyelamatkan nyawa seseorang!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular