Semua sedia maklum, cuaca di Asia Tenggara kebanyakannya panas dan lembab sepanjang tahun, boleh jadi lebih hangat dengan suhu mencecah lebih 30°Celsius sehingga mampu menetaskan telur itik dan ayam tanpa dieram ibu mereka.

Pengalaman seorang netizen di Vietnam amat menarik dan melucukan apabila dia pergi ke pasar membeli telur itik untuk dijadikan lauk, tetapi kemudiannya telah menetaskan anak itik akibat cuaca terlalu panas.

Pemuda itu yang berasal dari Ho Chi Minh berkata, dia membeli beberapa biji telur itik di pasar dan meletakkannya di dapur tertutup selepas pulang ke rumah.

cocomy

Beberapa hari kemudian, dia mendengar bunyi dan pergerakan yang aneh di dapurnya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat beberapa ekor anak itik telah menetas daripada telur yang dibelinya itu. 

Lebih mengagumkan kesemua anak-anak itu sihat-sihat belaka.

Pemuda ini jadi bingung kerana kini dia tiba-tiba menjadi ibu itik segera kepada anak-anak itik. 

Lalu ketika berada di tempat kerja, pemuda ini membincangkan bersama rakan bagaimana caranya untuk mengendalikan kesemua anak-anak itik yang kini sedang berenang-renang di dalam besen di rumahnya.

cocomy

Jika dipelihara sehingga besar menjadi haiwan kesayangan akan menjadi masalah kelak. Lalu dia bertanyakan rakan-rakan sekerjanya sama ada untuk mengambil atau menjualnya sahaja kepada penternak itik yang berpengalaman.

Telur-telur itik sudahlah tidak dapat dimakan tetapi mengeluarkan anak-anak itik yang comel, terasa sayang untuk dijual.

cocomy

Semasa kecil, itik berwarna kuning gebu memang sangat comel!

Telur itik secara tidak sengaja menetaskan anak itik ketika cuaca panas. 

cocomy

Apakan daya selepas anak-anak itik semakin membesar, maka mereka akan terpaksa dijual juga akhirnya jika tiada tempat untuk memeliharanya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular