Sesetengah orang berpendapat bahawa kesihatan dan kebersihan gigi adalah penting kerana anggota ini merupakan salah-satu elemen yang menjadi perhatian orang yang baru ditemui.

Gambar hiasan. Kredit: Unsplash

Jadi, untuk memastikan kebersihan gigi kekal terjaga dan dalam masa yang sama menjadi sihat, kita perlu melakukan beberapa perkara untuk memutihkan lagi warna gigi. Jika gigi tidak dijaga, akhirnya warna asal gigi akan mula berubah menjadi kekuning-kuningan dan perkara inilah yang perlu dielakkan.

Oleh itu, menerusi entri ini kami akan berkongsi dengan anda 5 kaedah pemutihan gigi secara semulajadi yang boleh anda lakukan di rumah kerana langkah yang perlu dilakukan adalah sangat mudah!

1. Garam epsom

Gambar hiasan. Kredit: Unsplash

Bahan yang diperlukan: garam epsom, air

Cara-caranya: campurkan garam epsom dan air dengan amaun yang sama dan kacau sehingga garam larut sepenuhnya. Kemudian, sapukan larutan garam ke permukaan gigi dengan menggunakan berus gigi atau kumur air garam berkenaan sebelum membilas mulut dengan air bersih.

2. Halia, lemon dan garam

Gambar hiasan. Kredit: Unsplash

Bahan yang diperlukan: halia, garam dan lemon

Cara-caranya: Parut sedikit halia dan tambahkan sebanyak ¼ sudu teh garam. Kemudian, perahkan lemon ke dalam campuran tadi dan kacau sehingga sebati. Seterusnya, sapukan ke gigi anda dengan menggunakan berus gigi.

3. Serbuk koko

Gambar hiasan. Kredit: Unsplash

Bahan yang diperlukan: serbuk koko dan air atau minyak kelapa

Cara-caranya: Campurkan serbuk koko dengan air atau minyak kelapa sehingga menjadi pes. Kemudian, berus gigi menggunakan pes tersebut seperti biasa.

4. Daun pudina dan minyak kelapa

Gambar hiasan. Kredit: Unsplash

Bahan yang diperlukan: 3 hingga 5 helai daun pudina, minyak kelapa

Cara-caranya: Kisar kasar daun pudina dan tambahkan ke dalam minyak kelapa sebelum mengacau rata campuran berkenaan. Kemudian, sapukan campuran ke permukaan gigi dengan menggunakan berus gigi.

5. Daun semambu

Gambar hiasan. Kredit: Unsplash

Bahan yang diperlukan: daun semambu dan air

Cara-caranya: Rendamkan daun semambu dalam seperiuk air yang mendidih. Kemudian, tapis keluar daun semambu dan sejukkan lebihan air rebusan sebelum berkumur menggunakan air berkenaan.

6. Tanah liat kaolin (kaolin clay)

Gambar hiasan. Kredit: Unsplash

Bahan yang diperlukan: tanah liat kaolin

Cara-caranya: Sapukan tanah liat kaolin pada permukaan gigi dan beruskan gigi menggunakan berus gigi tanpa memberi tekanan yang kuat. Kemudian, bilaskan mulut dengan air bersih.

Inilah beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Tetapi perlu diingat, setiap satu kaedah perlu dilakukan dengan berhati-hati dan terkawal. Gunakan kaedah ini sebanyak 2-3 kali seminggu selama beberapa minggu dan berehat. Sekiranya berlaku kesakitan pada gigi, hentikan amalan dengan segera.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular