Sesetengah orang berkata jika pemilik kucing meletakkan haiwan peliharaan mereka ini berdekatan anak kecil di rumah, ia mampu memberi pendedahan kepada masalah kesihatan seperti penyakit asma dan alahan.

Namun, sejauh mana kebenarannya kerana seorang netizen bernama Donna Lee memberi komen kucing orennya yang bernama Bowie tidak pun membawa masalah itu kepada bayi perempuannya yang baru berusia beberapa bulan.

cocomy

Selepas adiknya dilahirkan, Bowie tidak membawa apa-apa masalah sebaliknya menjadi terlebih penyayang dan peka sehinggakan Donna sendiri menyoal, “Siapa yang baru menjadi ibu sebenarnya ini? Saya ke atau Bowie?”

cocomy

Namun, pada mulanya Bowie tidaklah bersikap seperti itu kerana dia agak cemburu juga sebenarnya. 

Suami Donna berkata, “Pada permulaan kami membawa anak perempuan kami dan memperkenalkannya kepada Bowie, dia melihat sekilas pandang dan pergi…” 

“Sehingga pada satu malam, saya terserempak Bowie mengintai bayi kami di tepi katil bayi tanpa matanya berkelip sedikit pun dalam satu masa yang agak lama,” katanya.

Bowie secara rasmi menerima kehadiran adik perempuannya sejak malam itu.

Tahap prihatin Bowie agak melampau juga kerana dia akan datang memantau keadaan adiknya hampir setiap jam.

Pada permulaan, ibu bapa Bowie agak bimbang kucing peliharaan mereka ini akan membangkitkan si kecil daripada tidurnya kerana dia suka mengiau.

cocomy

Tetapi selepas diperhatikan, Bowie hanya memantau dari jauh jika adiknya sedang tidur, dan menjarakkan diri ketika si kecil sedang bermain.

Bowie seolah memahami selepas ibunya, Donna memberitahu, “Jangan berada terlalu dekat dengannya, nanti kamu akan menakutkannya!”

cocomy

Tidak sangka pula Bowie mendengar kata ibunya dan bertindak memerhatikan adiknya dari jauh setiap jam.

Tetapi kadangkala kerana geram, Bowie berada terlalu dekat juga atau jika si kecil menangis dan tiada siapa berada di sisi untuk memujuknya.

cocomy

Ketika adiknya sedang tidur di dalam katil bayi, Bowie akan datang mengintai dari luar dan terus duduk memantau keadaannya.

Jika adiknya bangun dan menangis, Bowie akan melompat keluar dan mengiau memberitahu Donna, “Ibu, adik sudah bangun!”

cocomy

Si kucing comel Bowie yang sangat cerdik menjaga adik perempuannya yang comel. 

Tiada pengasuh terbaik yang dapat menjaga dan memantau sepenuh masa bayi ini selain Bowie.

cocomy

Betapa sayangnya Bowie terhadap adik perempuannya dan perhatikan sahaja renungan itu!

cocomy

Sudah semestinya setelah si kecil membesar, mereka akan menjadi adik-beradik yang sangat rapat.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular