Kucing terkenal sebagai haiwan peliharaan berjiwa bebas, tetapi ini tidak bermakna mereka berhati dingin dan tidak mahu menunjukkan kasih sayang kepada pemilik. 

Ramai pencinta kucing tahu walaupun haiwan peliharaan ini dianggap berhati dingin, namun sebenarnya mereka mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Grumpy Cat (@realgrumpycat) on

realgrumpycat/Instagram

Salah satunya ketika anda pulang ke rumah selepas saban hari bekerja, kucing anda telah menunggu di hadapan pintu rumah dan selepas itu dia berlalu pergi. 

Nampaknya kucing kesayangan mahu menunjukkan sesuatu supaya anda memahami jiwanya seperti di bawah:

#1. Kucing boleh mendengar kepulangan anda

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amanda Seyfried (@mingey) on

mingey/Instagram

Tidak hairanlah jika kucing anda tahu secara terperinci ketika anda hendak memasuki rumah kerana dengan deria pendengaran yang hebat dia dapat mengesan frekuensi bunyi yang luas.

Kucing dapat mengesan suara manusia dengan pendengaran lebih tinggi. Jadi, apabila anda meletak kereta di garaj atau menaiki lif, mereka sudah tahu bunyi itu adalah anda. 

Kucing mampu mengaitkan bunyi tertentu berkaitan ketibaan anda dan bersedia untuk berkata “hai” dengan mengiau sebaik anda tiba di hadapan pintu rumah.

#2. Kucing sudah sedia maklum dengan rutin harian anda

MissGrafin/Reddit

Selain pendengaran yang hebat, kucing mempunyai deria tambahan keenam yang mampu digunakan untuk memikirkan secara tepat bila masanya anda pulang ke rumah. 

Mereka mempunyai firasat bersama pengurusan masa yang baik, yang bermakna kucing boleh memikirkan bila dan hari apa anda akan pulang ke rumah.

Rutin harian anda akan diperhatikan dan terus diingati oleh mereka yang mana ia sangat mudah diikuti dan ini membolehkan kucing peliharaan mengetahui masa ketibaan anda.

Terutama sekali jika anda mempunyai jadual yang konsisten dan boleh dipelajari serta dibiasakan dengan mudah oleh si comel.

Bayangkan anda pulang setiap hari sekitar jam 7 malam dan kucing kesayangan anda sudah biasa dengan jangkaan masa ketibaan itu. Memahami rutin dan masa tidak hanya berfungsi untuk mengetahui ketibaan anda, bahkan mereka boleh mengikutinya dalam banyak aspek berlainan terutama jika ia melibatkan masa makan malam mereka.

#3. Kucing mahukan kasih sayang dan belaian anda

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Taylor Swift (@taylorswift) on

taylorswift/Instagram

Biasanya apabila anda pulang ke rumah, kucing sudah pasti mahukan perhatian atau belaian terutama jika anda telah menghabiskan banyak waktu berjauhan dengan mereka. 

Ini adalah perkara normal untuk memberikan kebahagiaan tambahan cinta dan kasih sayang kepada si comel apabila anda tiba di rumah dan sudah pasti mereka menyukainya.

#4. Kucing kesayangan anda lapar dan dia mahukan makanan sebenarnya

Lover_ Of_ The_ Light/Reddit

Selain mendapat sambutan hangat yang hebat untuk menghabiskan masa bersama anda, kucing mempunyai suatu helah lain di fikiran seperti mereka mahukan makanan. 

Kucing anda telah berkelakuan baik sepanjang hari, maka adalah penting serta tiada salahnya jika mereka berasa tidak sabar untuk diberikan beberapa hidangan lazat kesukaan.

Oleh itu, kucing menunggu dengan muslihat kerana mereka lapar dan jangan pula anda terlupa dan tidak tahu tentangnya, mengapa mereka memandang anda dan mengiau di hadapan pintu rumah!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular