Pembayaran tiket tempat letak kereta merupakan satu perkara yang biasa dilakukan oleh semua orang, bukan?

Namun di Indiana, Amerika Syarikat, cara pembayaran tempat letak kereta agak unik sehingga ia mendapat perhatian awam.

Mana tidaknya, orang ramai yang menggunakan tempat letak kereta tersebut dengan cara memberikan bekalan keperluan buat haiwan seperti kucing.

Ia merupakan satu usaha yang murni – mengenepikan untung dan mementingkan kebajikan kucing.

Inisiatif tersebut sebenarnya diperkenalkan oleh Jabatan Polis Muncie, Indiana bertujuan untuk membantu kucing di sekitar kawasan berkenaan dan sudah tentu ia mendapat sokongan padu daripada netizen.

Semuanya bermula apabila beberapa anggota polis melawat Muncie Animal Care and Services Shelter, yang menempatkan lebih daripada 350 ekor kucing.

@MuncieACS/Twitter

Ketika melawat pusat tersebut, anggota tersebut menyedari bahawa pusat terbabit memerlukan keperluan penting untuk kucing-kucing di sana.

Oleh itu, mereka mula bertindak untuk lakukan sesuatu bagi menanganinya.

MuncieACS/Twitter

Usaha murni berkenaan bermula pada bulan Julai tahun lalu apabila pihak polis tempatan membenarkan penduduk untuk membayar tiket letak kereta dengan menyumbangkan barangan – makanan ataupun pasir yang sama nilainya dengan caj letak kereta.

@MunciePolice/Twitter

“Ramai orang yang telah menyumbang makanan dan pasir untuk kucing! Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai tiket letak kereta pun”, tulis akaun rasmi Muncie Police di laman Twitter.

Pusat perlindungan tersebut sangat berterima kasih atas sumbangan dan keprihatinan orang ramai, memandangkan banyak ibu-ibu kucing yang melahirkan anak mereka dan ini menjadikan jumlah mereka kian bertambah.

“Saya tidak pasti sama ada pihak polis akan mengulangi usaha ini di masa akan datang, tetapi kami sangat bersyukur dan berterima kasih kepada mereka dan orang ramai. Respon mereka sangat memberangsangkan”, kata Ashley Honeycutt selaku pengurus pusat tersebut.

Diharapkan agar perkongsian ini memberi inspirasi buat kita semua. Mungkin selepas ini kita boleh lawati pusat perlindungan haiwan terdekat dan boleh mula menderma. Kasihan haiwan-haiwan itu, bukan?

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular