Isu wabak Novel Koronavirus (2019-nCoV) semakin hari semakin memburuk. Sehingga kini lebih 17,000 kes telah dilaporkan dan lebih daripada 360 nyawa telah terkorban akibat virus tersebut.

Angka mereka yang dijangkiti semakin meningkat sehingga bukan sahaja China malah seluruh dunia digesa untuk lebih berwaspada.

Di sebalik ‘huru-hara’ tersebut ada golongan yang pakar untuk menangani masalah tersebut. Mereka yang mahir dipertanggungjawabkan untuk membendung wabak ini daripada terus merebak.

Kumpulan perubatan seperti doktor dan jururawat bekerja keras dalam memastikan isu dapat dibendung dan tiada lagi kematian yang berlaku.

Twitter| @SolomonYue

Antara mereka yang terlibat dalam misi ini ialah kumpulan perubatan yang dihantar ke Wilayah Wuhan untuk menyediakan bantuan perubatan yang diperlukan.

Video menyentuh hati ini dimuat naik di laman Twitter, @RFA_Chinese yang menunjukkan sekumpulan pakar perubatan dihantar pergi oleh keluarga dan saudara-mara serta kawan-kawan mereka dengan perasaan yang sebak. Semua pastinya berharap agar mereka akan pulang dalam keadaan selamat.

Hakikatnya mereka sedar bahawa mereka mungkin tidak akan pulang semula, misi mereka ke Wuhan seolah-olah misi ‘bunuh diri’ yang sangat bahaya. Mereka ibarat perajurit yang mungkin akan terkorban semasa ‘perang’ di Wuhan nanti.

Mereka tahu mereka juga mungkin akan terkena virus tersebut tetapi demi tanggungjawab sebagai mereka sanggup berkorban…

Twitter| @SolomonYue

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL VIDEO

Video Popular