Melihat gelagat seseorang yang melatah sememangnya boleh menghiburkan. Bagi seseorang yang sudah mencapai tahap melatah yang agak serius, hanya sedikit kejutan sahaja mereka akan mula melatah dalam masa beberapa minit lamanya.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila video gelagat seorang mak cik yang melatah apabila didatangi oleh ‘singa’ dalam tarian singa yang mencuit hati orang ramai.

Video pendek berdurasi 26 saat itu bagaimanapun menunjukkan bagaimana mak cik itu tidak dapat mengawal latahnya sehingga akhirnya telah membuatkan dirinya turut sama masuk ke dalam kostum tarian singa dan menari bersama penari tarian singa itu.

Memang lucu!

Arlai Mozaar

Tidak pasti apakah reaksi awal mak cik ini apabila mendengar bunyi yang kuat dari gendang tarian singa, tetapi di saat video mula dirakam, mak cik ini sudahpun dalam ‘sesi’ latahannya dan pada waktu itulah penari singa mula mengusiknya dengan mendekatkan wajah kostum singa dengan wajah mak cik itu.

Arlai Mozaar

Lantas, dengan spontan, mak cik itu melatah seperti mahu mencucuk-cucuk singa itu. Amboi, mahu berlawan pula!

Selepas itu, mungkin kerana terlalu terbawa-bawa, mak cik itu dengan spontannya terus masuk ke bahagian badan kostum singa dan berlagak seakan-akan penari tarian singa!

Arlai Mozaar

Arlai Mozaar

Gelagat spontannya itu disambut oleh ketawa orang ramai di tempat kejadian yang sememangnya tidak menyangka tindakan mak cik tersebut.

Arlai Mozaar

Memang lucu!

Video yang dimuat naik oleh laman Facebook Arlai Mozaar ini telahpun tular dengan 17k perkongsian, 5.1k reaksi dari warganet yang ternyata sangat terhibur dengan gelajat latah mak cik ini.

Berdasarkan Arlai Mozaar, makcik yang dikenali sebagai Nonani tidak sengaja dirakam dalam video tersebut, beliau merupakan ibu kepada kawannya.

Walau bagaimanapun, kita tidak seharusnya secara sengaja mengejutkan seseorang yang diketahui boleh melatah kerana mereka lazimnya tidak boleh berfikir dengan waras ketika melatah.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular