Kini, semua orang sudah maklum bahawa virus korona dilaporkan berpusat dan berpunca dari sebuah bandar di Wuhan, China. Sehingga kini, sudah beratus-ratus kes kematian direkodkan di China yang melibatkan virus ini.

Bagaimanapun, seorang wanita dari Taiwan tanpa disedari telah ‘diselamatkan’ oleh seekor anjing peliharaannya.

Menurut kirimannya, sebelum virus korona dilaporkan mula dikesan di Wuhan, anjing peliharaanya yang bernama Akin telah mengoyakkan buku pasportnya. Wanita tersebut yang merancang untuk melancong ke Wuhan pada akhir Januari telah memuat naik gambar Akin bersama ‘hasil kerjanya’ dan wanita tersebut tidak dapat mengelak dari berasa marah.

“Saya menjumpai perkara (buku pasport yang sudah terkoyak) ini apabila pulang ke bilik! Bolehkah sesiapa menerangkan kepada saya, adakah saya masih boleh meninggalkan negara ini?” tulis wanita itu dengan rasa kecewa kerana rancangannya yang mahu ke Wuhan mungkin terpaksa dibatalkan.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, berita tentang virus korona di Wuhan mula tersebar di media dan tiba ke pengetahuan wanita yang bertuah itu.

Menyedari tentang hikmah disebalik semua perkara yang berlaku, wanita itu menulis:

“Adakah anda masih ingat tentang pasport ini? Apabila difikirkan semula, ‘anak’ ini benar-benar memelihara saya; selepas pasport saya dikoyakkan, virus korona dilaporkan tersebar di lokasi yang saya mahu pergi; kini apabila difikirkan semula, saya berasa sangat terharu; syukurlah, kamu telah mengganggu jadual kami, supaya kami boleh bersatu dengan keluarga kami dengan aman (pada sambutan tahun baru Cina ini).”

Ternyata, secara kebetulan, tindakan Akin sememangnya telah memelihara kesejahteraan keluarga pemiliknya.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular