Masyarakat dunia pada hari sudah tentunya berasa bimbang dan cemas berikutan dengan wabak pneumonia yang telah pun mengorbankan lebih 300 orang selain menjangkiti ribuan yang lain di seluruh dunia.

Hal ini memandangkan virus berkenaan mampu bertahan selama 2-14 hari pada tubuh manusia tanpa menunjukkan sebarang simptom. Oleh yang demikian, seorang pakar perubatan tradisional Cina, Dr. Yuki Huang yang terkenal di Vancouver, Kanada berkongsikan analisisnya.

The Epoch Times

Umum mengetahui bahawa simptom pneumonia Wuhan adalah demam, tekak kering, selesema dan berasa lemah pada anggota badan. Orang ramai dinasihati agar segera berjumpa dengan doktor dan membuat pemeriksaan kesihatan jika mengalami simptom sebegini.

Virus pneumonia ini boleh dijangkiti menerusi titisan air liur yang keluar terutamanya ketika bersin dan batuk, menyebabkan udara di sekeliling itu telah tercemar lalu memudahkan ia untuk menjangkiti orang lain.

Selain daripada itu, ia turut boleh dijangkiti melalui sentuhan secara langsung dengan mereka yang dijangkiti. Berikutan dengan keadaan berkenaan, orang ramai disarankan untuk kerap membasuh tangan.

Jika anda bersentuhan atau bertemu secara langsung dengan pesakit pneumonia, anda harus mengasingkan diri. Adalah lebih baik untuk mengelakkan diri daripada berjumpa orang lain khasnya mereka yang datang dari China.

Warga tua juga merupakan antara golongan yang mudah terdedah dengan virus ini. Oleh itu, elakkan kerap keluar selain mendapatkan rehat dan makan secara mencukupi. Usah biarkan badan berasa lemah kerana ia memudahkan tubuh dijangkiti.

The Epoch Times

Menurut Dr. Huang, melindungi diri bermakna anda turut melindungi orang lain. Kerap cuci tangan dan memakai topeng muka yang sesuai (topeng muka pembedahan). Topeng hitam menurutnya tidak berfungsi untuk melindungi daripada virus.

Pastikan tubuh sentiasa panas khasnya buat mereka yang berada di negara beriklim sejuk. Selain daripada itu, minum air dan makanan yang panas kerana menurut Dr. Huang, virus tersebut gemarkan persekitaran yang dingin dan lembap.

Cecair pembasmi kuman juga boleh digunakan pada waktu-waktu yang diperlukan. Huang turut mengesyorkan pengambilan minuman perubatan Cina, ‘licorice’ yang mempunyai kesan dalam mencegah kerengsaan dan kelembapan selain turut efektif dalam menahan jangkitan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular