“Bagaimana cara kita melakukan sesuatu perkara adalah bagaimana cara kita melakukan segalanya.”

Kata-kata akhir dalam video yang ditulis oleh Gajen Nad di laman Facebook berkenaan tabiat membuang sampah di tempat awam sangat bertepatan dengan video rakaman yang dimuat naik olehnya itu.

Gajen Nad/Facebook

Menurut Gajen, kejadian dirinya yang menyaksikan sendiri seorang wanita mencampakkan cawan yang sudah tidak lagi digunakan telah menaikkan api kemarahan dalam dirinya. Pada ketika itu, Gajen baru pulang dari bekerja dan sedang menunggu pesanan makanannya di dalam kereta.

Gajen Nad/Facebook

Dan pada waktu yang sama, seorang lelaki dan wanita berada di bahu jalan yang sama, berhadapan dengan kereta Gajen dan kelihatannya sedang berbual-bual. Namun, tiba-tiba, setelah menghabiskan air di dalam cawan, wanita tersebut dengan rasa tidak bersalah terus mencampakkan cawan itu menuju ke bahagian papan tanda.

Gajen Nad/Facebook

Selepas mendapatkan pesanan makanan, Gajen yang masih berasa marah dengan kejadian membuang sampah itu memutuskan untuk keluar dari keretanya dan pergi ke arah sampah berkenaan sebelum mengutipnya.

Gajen Nad/Facebook

Menurut Gajen, dia sempat meninggalkan pesanan kepada pasangan itu untuk membuang sampah ke dalam tong sampah selepas ini.

Gajen Nad/Facebook

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman video ini telahpun mendapat lebih dari 1,200 reaksi, 330 perkongsian dan 144 komen dari warganet yang rata-ratanya turut meluahkan rasa tanggungjawab yang sama terhadap kebersihan negara dan ada juga antaranya yang berkongsi pengalaman mereka sendiri.

“Kamu memang bagus!!! Saya harap semua orang akan lebih menghormati alam sekitar kita!!!”

Gajen Nad/Facebook

“Tahniah untuk cara kamu mengawal situasi ini, kawan…”

Gajen Nad/Facebook

“Inilah caranya, cara terbaik untuk menunjukkan contoh!”

Gajen Nad/Facebook

“Saya masih ingat ketika saya kecil dahulu, kira-kira usia 5 tahun, ibu bapa saya membelikan saya sebatang aiskrim, saya menanggalkan pembungkusnya dan membuangnya begitu sahaja, berjalan, makan aiskrim dan tiba-tiba ibu saya bertanya tentang pembungkus aiskrim saya, abang saya masih menyimpan lagi pembungkusnya di tangannya… Saya mengatakan bahawa saya sudah membuangnya, ibu saya menyuruh saya pergi mengambil semula pembungkus yang telah dibuang, saya dimarahi kerana membuang sampah. Kini saya tidak lagi melakukannya.”

Gajen Nad/Facebook

“Jagalah kebersihan negara kita,” tulis Gajen ringkas tetapi padat.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular