Umum sudah sedia maklum akan penularan wabak koronavirus di beberapa buah negara, bermula apabila ianya muncul di Wuhan dan wilayah Hubei, China sebelum tersebar ke beberapa buah negara lain.

Cukup membimbangkan apabila saban hari, angka kematian yang dicatatkan kian meningkat secara mendadak menyebabkan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan segera mengisytiharkan wabak itu sebagai satu kecemasan kesihatan global.

Tidak dapat kita bayangkan perasaan ahli keluarga pesakit yang dijangkiti dengan virus berkenaan, bukan? Baru-baru ini, satu video pendek yang menunjukkan seorang bapa dan bayi lelakinya di sebuah pusat kesihatan telah tular di laman Twitter.

@Huh_My_Rahhhhh/Twitter

Menerusi video berdurasi 14 saat tersebut yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna @Huh_My_Rahhhhh, kita dapat saksikan seorang bayi lelaki telah ditempatkan di dalam sebuah bilik pengasingan untuk tujuan kuarantin.

Tambah sayu apabila bapanya di luar tidak dapat menyentuh langsung anaknya dan hanya mampu melihat bayinya menerusi cermin sahaja. Lelaki itu juga lengkap memakai topeng muka dan penutup rambut apabila ingin bertemu anaknya.

@Huh_My_Rahhhhh/Twitter

Walaupun memakai topeng, ternyata bayi tersebut masih lagi mengenali bapanya. Bapa tersebut tidak dapat menahan air mata apabila melihat aksi anaknya yang seakan meminta didukung olehnya. Kasihan bayi itu!

Sehingga kini, ia telah disaksikan lebih 1 juta kali dan telah diretweet sebanyak 71,900 kali. Rata-rata warga Twitter turut bersedih melihat keadaan bayi tersebut dan bapanya.

@Huh_My_Rahhhhh/Twitter

@Huh_My_Rahhhhh/Twitter

Mungkin juga bayi itu boleh merasai kesedihan yang dirasai oleh bapanya..

@Huh_My_Rahhhhh/Twitter

Sama-samalah kita mendoakan agar bayi ini segera pulih dan semoga kita semua dijauhkan daripada terkena jangkitan wabak ini. Jaga kebersihan dan amalkan pemakaian topeng muka jika keluar daripada rumah ya?

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL VIDEO

Video Popular