Memiliki pokok di dalam rumah bukan sahaja boleh menaikkan lagi suasana di dalam rumah, malah boleh membantu menghindarkan toksin daripada berkumpul di dalam rumah kerana tumbuhan hijau sebegini didakwa boleh membantu menyerap 90% daripada pencemaran kimia.

Gambar hiasan. Kredit: Unsplash

Menurut kajian udara bersih dari NASA, purata setiap rumah mempunyai toksin berbahaya seperti formaldehid, karbon monoksida, trichlorethylene, dan ammonia.

Oleh itu, menerusi entri ini, kami akan berkongsi 7 jenis tumbuhan yang boleh anda tanam dan dibiarkan hidup di dalam rumah bagi meminimumkan jumlah toksin yang mungkin berada di dalam rumah anda.

1. Pokok lidah mentua atau lidah jin

Gambar hiasan. Kredit: Unsplash

Pokok lidah mentua adalah salah satu daripada pokok yang boleh hidup di dalam rumah serta boleh menaikkan lagi suasana tropikal. Pokok jenis ini dipercayai boleh meningkatkan kualiti udara dalaman kerana tumbuhan ini boleh membantu menyingkirkan semua jenis toksin termasuklah trichlorethylene, formaldehyde, toluene, benzene, dan xylene.

Selain itu, pokok lidah mentua juga dikatakan berupaya menyerap radiasi dari penggunaan barangan elektronik seperti komputer dan televisyen.

Bagaimanapun, untuk mengoptimumkan lagi fungsinya, anda boleh cuba meletakkan lebih banyak pokok jenis ini dalam satu ruangan.

2. Pokok bunga melur

Gambar hiasan. Kredit: Unsplash

Selain dari rupanya yang cantik dan menenangkan, pokok bunga melur juga dipercayai boleh memberi kesan positif yang besar terhadap kesihatan mental kita kerana tumbuhan ini mempunyai bahan kimia yang meredakan kebimbangan, merawat perubahan emosi, meningkatkan kualiti tidur dan boleh membantu menguatkan daya tahan seseorang sekiranya ditanam dalam kuantiti yang besar.

3. Lili Paris atau spider plant

Gambar hiasan. Kredit: Unsplash

Pokok lili paris sangat terkenal sebagai pokok hiasan yang ditanam di atas tanah berlantai sebagai sebahagian daripada landskap taman. Bagaimanapun, ramai yang tidak tahu bahawa pokok ini sebenarnya mempunyai manfaatnya yang tersendiri.

Pokok ini memiliki daya serapan yang tinggi terhadap racun di udara terutamanya karbon monksida, xylene, benzena dan formaldehid.

Disebabkan cara penjagaannya yang sangat mudah, pokok ini sesuai diletakkan di ruang tamu kerana ruang ini lazimnya tidak mempunyai sinar matahari langsung dan bersuhu sejuk.

4. Pokok herba rosemary

Gambar hiasan. Kredit: Unsplash

Pokok herba rosemary yang lazimnya digunakan dalam resipi makanan barat bukan sahaja mempunyai rupa yang cantik sebagai hiasan dalaman, malah, pokok ini juga mempunyai manfaatnya yang tersendiri.

Pokok rosemary dipercayai boleh membantu meningkatkan tumpuan dan ingatan. Disamping itu, pokok ini juga boleh membantu mengurangkan kesakitan otot dan meningkatkan tahap imunisasi serta melancarkan peredaran darah.

Pokok ini lazimnya diletakkan di bahagian dapur kerana fungsi keduanya sebagai bahan dalam masakan.

5. Pokok lidah buaya (aloe vera)

Gambar hiasan. Kredit: Unsplash

Tidak perlu diperkenalkan lagi, pokok lidah buaya adalah salah satu pokok yang begitu terkenal ditanam di dalam rumah kerana manfaatnya yang begitu banyak disamping penjagaannya yang sangat mudah.

Pokok ini dipercayai mampu menghapuskan gas kimia berbahaya yang mencemari udara dalam sesuatu ruang. Bukan itu sahaja, bahagian isi dalaman daun pokok lidah buaya juga bermanfaat untuk melembapkan serta melicinkan kulit disamping mengubati kulit yang terluka, terdedah kepada cuaca panas, radang dingin, psoriasis dan kudis.

6. Pokok pakis Boston

Gambar hiasan. Kredit: Unsplash

Pokok pakis Boston bukan sahaja mempunyai rupa yang sangat cantik, tetapi pakis Boston juga dikatakan merupakan penyegar udara semula jadi yang hebat. Pokok ini membantu membersihkan udara dengan menghapuskan formaldehid dan toksin yang tidak diingini dalam udara.

Bagaimanapun, pokok jenis ini memerlukan kelembapan yang berpanjangan dan tidak memerlukan cahaya matahari secara langsung. Oleh sebab itulah, lazimnya pokok ini diletakkan di dalam bilik air.

7. Pokok bromeliad

Gambar hiasan. Kredit: Unsplash

Pokok yang mempunyai dedaun berwarna kemerah-merahan ini lazimnya ditemui sebagai sebahagian daripada landskap taman kerana variasi warna pada daunnya.

Bagaimanapun, ramai yang tidak mengetahui bahawa pokok ini berupaya menyerap sehingga 90% bahan kimia berbahaya seperti benzene. Cara penjagaan pokok ini juga adalah sangat mudah kerana pokok ini memerlukan ruang yang terang dan bercahaya matahari serta tidak memerlukan pasu yang bertakung.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular