Cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) dan juga tisu basah kini menjadi antara item yang laku di pasaran selain topeng penutup muka semenjak berlakunya penularan virus korona (nCoV) di seluruh dunia. Bagaimanapun ramai yang sebenarnya keliru dan tidak mendapatkan maklumat tepat berkenaan keberkesanan dua produk berkenaan dalam menangani wabak tersebut daripada terus menular.

Hal ini demikian kerana ‘kepercayaan’ orang ramai tentang keberkesanan produk cecair pembasmi kuman yang dikatakan mampu membunuh sehingga 99.9% kuman dan bakteria yang ada pada tangan. Tetapi adakah fakta ini benar?

Pixabay | Gentle07

Menurut Dr Kalisvar Marimuthu, seorang pakar perunding penyakit berjangkit di Pusat Jangkitan bagi Penyakit Berjangkit (NCID), kaedah terbaik yang harus diamalkan bagi melindungi diri anda daripada dijangkiti virus berkenaan adalah dengan mencuci tangan secara kerap menggunakan sabun dan air yang bersih. Penggunaan air dan sabun dikatakan mampu menghapuskan segala jenis kotoran dan kuman yang berada pada tangan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dave (@velvetbarista) on

Bagaimanapun, penggunaan cecair pembasmi tangan juga adalah dibenarkan hanya jika kandungan alkohol di dalam produk berkenaan berada di paras sekurang-kurangnya 60%. Kenyataan ini turut disokong oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat yang menyatakan cecair pembasmi kuman dengan kandungan alkohol di antara 60 hingga 95% mampu membunuh kuman dengan lebih efisien berbanding produk yang kurang atau tiada kandungan alkohol. Selain itu, anda juga perlu menggunakan produk ini dalam kuantiti yang mencukupi supaya dapat melindungi setiap ceruk tangan anda. Sapukan di seluruh tangan selama lebih kurang 20 saat dan biarkan ia mengering sendiri.

Gambar Hiasan

Sementara itu, bagi tisu basah antiseptik pula, Dr Marimuthu mendakwa bahawa penggunaan produk ini adalah dikhaskan untuk membersihkan permukaan yang kotor sahaja dan tidak berfungsi dalam membersihkan tangan. Menurut kajian seorang penyelidik virus daripada Universiti London, penggunaan tisu basah sebenarnya menyebabkan kuman tersebar dengan lebih meluas berbanding menghapuskannya. Untuk memastikan produk tisu basah mampu menyingkirkan segala kuman dan bakteria, produk tersebut perlu mengandungi sekurang-kurangnya 40% kandungan alkohol.

Perkara ini turut dibuktikan menerusi satu ujikaji yang dijalankan oleh seorang guru menggunakan roti. Berdasarkan eksperimen tersebut, roti yang disentuh dengan tangan yang telah dicuci bersih dengan air dan sabun masih berada dalam keadaan baik setelah beberapa minggu. Bagaimanapun, roti yang disentuh oleh tangan yang telah disapu dengan cecair pembasmi kuman menunjukkan keputusan yang negatif.

Jadi, tidak dapat dinafikan lagi bahawa penggunaan air dan sabun untuk membersihkan tangan merupakan kaedah yang jauh lebih baik berbanding penggunaan produk lain. Namun, mencuci tangan juga memerlukan langkah yang betul seperti di bawah.

  1. Basahkan tangan dengan air mengalir yang bersih.
  2. Elakkan menggunakan air yang ditakung di dalam bekas kerana ia berkemungkinan telah tercemar dengan kuman dan bakteria.
  3. Gosok kedua tapak tangan dengan sabun.
  4. Gosok sehingga di celah-celah tangan selama lebih kurang 20 saat.
  5. Bilas tangan dengan air bersih.
  6. Keringkan kedua tangan anda menggunakan tuala bersih atau anda juga boleh membiarkan ia bersih secara semula jadi.

Unsplash | curology

Satu lagi tips untuk dikongsikan sebagai langkah penjagaan, pastikan anda sentiasa mencuci tangan anda dalam situasi-situasi yang berikut:

  • Sebelum, semasa dan selepas menyediakan makanan
  • Sebelum makan
  • Sebelum dan selepas menjaga orang sakit
  • Sebelum dan selepas merawat luka
  • Selepas menggunakan tandas
  • Selepas menukar lampin atau membersihkan anak yang baru menggunakan tandas
  • Selepas menghembus hingus, batuk atau bersin
  • Selepas menyentuh haiwan atau sisa mereka
  • Selepas memegang sampah

Semoga kita semua menjadi lebih prihatin akan isu kebersihan dan kesihatan diri dan tidak dijangkiti dengan sebarang penyakit yang boleh membawa bahaya.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular