Pos Malaysia menerusi perkongsian di Facebook pada 29 Januari lalu telah mengumumkan mengenai waktu operasi terbaharu yang akan berkuatkuasa pada hari ini iaitu 1 Februari 2020.

Dalam perkongsian yang menerima sehingga 462 tanda suka itu, Pos Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa semua cawangan Pejabat Pos dan pusat Pos Laju akan dibuka pada setiap hari Sabtu kecuali Sabtu ketiga setiap bulan dan juga cuti umum. Bagaimanapun, pembaharuan jadual operasi ini tidak melibatkan mana-mana Pejabat Pos yang berada di dalam pusat membeli-belah, Kiosk Pos Laju dan juga Pejabat Pos yang beroperasi lima hari seminggu.

Pengumuman ini menerima lambakan respon positif daripada warganet yang rata-ratanya memuji langkah pembaharuan waktu operasi oleh pihak Pos Malaysia itu.

“Terima kasih kepada Pos Laju kerana sepanjang saya menggunakan khidmat Pos Laju, semua terbaik. Cuma ada sedikit cawangan yang mungkin ada masalah dalam bab penghantaran”.

“Hebat.. tahniah kerana baik pulih sistem lebih efisien”.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular