Walaupun secara saintifiknya kebanyakan haiwan tidak dikurniakan dengan ‘akal’ yang sempurna, namun, ada kalanya sesetengah haiwan kelihatan seperti dikurniakan dengan akal yang lebih banyak berbanding rakan-rakannya.

@kritter_klub/Instagram

Misalnya, seekor kuda yang dipercayai berada di Korea ini, yang dikenali sebagai Jingang, nampaknya seekor kuda yang “banyak akal” bak kata peribahasa Melayu.

Jingang sangat suka berlakon, yang berkemungkinan digunakan sebagai helah untuk menipu pemeliharanya kerana Jingang tidak mahu melakukan apa yang disuruh.

@kritter_klub/Instagram

@kritter_klub/Instagram

“Jingang begitu comel, tetapi nakal” kata pemeliharanya.

Walaupun ketika mempunyai penunggang di atas badannya, Jingang tetap juga mahu melakukan helahnya, iaitu dengan menjatuhkan dirinya ke atas tanah, berpura-pura “mati”.

Amboi, bijak sungguh!

@kritter_klub/Instagram

Yang lucunya, apabila melihat sudah tiada sesiapa di sekelilingnya, Jingang mula bangun dan seolah-olah tersenyum kerana berjaya memperdaya orang lain.

Dalam suatu babak rakaman, Jingang kelihatan terus berpura-pura mati dan rebah ke atas tanah sebaik sahaja seorang lelaki berlari ke arahnya sambil menjerit “Saya datang! Saya datang!”

@kritter_klub/Instagram

@kritter_klub/Instagram

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman video yang dikongsikan oleh laman Instagram @kritter_klub ini telahpun mendapat sebanyak 15,964 tontonan dan 387 komen dari warganet yang rata-ratanya sangat terhibur dan kagum dengan bakat semulajadi Jingang.

“Nakalnya Jingang!”

@kritter_klub/Instagram

“Kuda yang nakal dan raja drama!”

@kritter_klub/Instagram

“Saya mahu memiliki kuda ini… tidak pernah saya lihat kuda yang melakukan perkara seperti itu sebelum ini… siapa yang mengatakan kuda tidak bijak…”

@kritter_klub/Instagram

Tidak pasti sama ada kuda ini sememangnya pandai berlakon atau sebenarnya berasa malas mahu beraktiviti. Tetapi yang pastinya, Jingang telah menghiburkan orang ramai!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular