LOS ANGELES: Legenda bola keranjang Amerika Syarikat, Kobe Bryant dilaporkan maut dalam nahas helikopter di California.

Helikopter persendirian yang dinaiki legenda berusia 41 tahun itu dilaporkan terbakar sebelum dilaporkan terhempas di bandar Calabasas.

Menurut jabatan Syerif Los Angeles Alex Villanueva, nahas berkenaan turut mengorbankan sembilan yang lain termasuk anak perempuannya, Gianna.

kobegram/Instagram

Lembaga Keselamatan Pengangkutan kebangsaan berkata, pihaknya telah menghantar pasukan ke kawasan berkenaan awal pagi tadi.

Sementara itu Ketua Pasukan Penyelamat Bomba Los Angeles Darly Osby berkata, kawasan kejadian tersebut sukar dimasukkan oleh pasukan bomba dan penyelamat dan memerlukan pasukan mendaki kawasan berkenaan.

Dalam kejadian berkenaan, Bryant dan Gianna dalam perjalanan ke satu perlawanan.

Gianna adalah seorang daripada empat anak hasil perkahwinan Bryant dengan isterinya Vanessa.

Laporan awal mengenai pemergian Bryant menggemparkan seluruh dunia, dengan orang-orang ternama serta selebriti amat terkejut dengan berita itu.

Bryant juara lima kali NBA sepanjang kerjayanya yang bermula sejak tamat sekolah tinggi pada 1996 hingga persaraannya pada 2016.

Beliau juga pernah memenangi pingat emas Olimpik sebanyak dua kali, membantu pasukan Amerika meraih gelaran tersebut pada 2008 di Beijing dan 2012 di London.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL SUKAN

Video Popular