KOTA KINABALU – Suasana menjadi kecoh seketika di perkarangan balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) apabila berlaku insiden cubaan serangan terhadap Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali Papagomo oleh sekumpulan lelaki.

Dalam kejadian sekitar jam 7.30 malam itu, Wan Muhammad Azri dikatakan dihampiri lebih 10 lelaki tidak dikenali.

Insiden yang dirakam dan menjadi tular di Facebook dan laman media sosial lain itu menunjukkan sekumpulan lelaki itu cuba bertindak agresif dan berlaku adegan tolak menolak sebelum ia dileraikan oleh pihak polis.

Papa Azri/Facebook

Rakaman video diambil oleh beberapa orang awam yang secara kebetulan berada di KKIA ketika insiden berlaku.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji telah mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi pihak media.

“Berlaku insiden tolak menolak antara sekumpulan lelaki dengan Papagomo namun berjaya dileraikan dengan kehadiran pihak polis. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan tiada laporan polis yang dibuat setakat ini,” katanya.

Papa Azri/Facebook

Ketika merujuk kejadian tersebut, Habibi menegaskan kepada orang ramai supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang melanggar undang-undang.

Papagomo yang menyertai rombongan Pemuda UMNO dari Semenanjung dikatakan berada di KKIA untuk berlepas pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan yang dijadualkan pada jam 8 malam.

Susulan kejadian, Papagomo membuat satu laporan polis di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur.

Papa Azri/Facebook

Ahli Pemuda UMNO itu berada di Sabah dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis bagi membantu calon Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen Kimanis yang berlangsung pada 18 Januari.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular