Pernahkah anda ketagih dengan sesuatu makanan sehingga kalau boleh anda mahu menikmatinya setiap hari?

Letaklah makanan sedap apa pun di depan mata tetapi anda tetap akan pilih untuk makan makanan tersebut. Jika makan di luar berhati-hatilah kerana ada peniaga yang menggunakan barang terlarang untuk menarik pelanggan datang semula ke kedai mereka.

Itulah yang berlaku di China apabila seorang lelaki di Guangxi dikatakan telah menikmati mi sup sehingga dia didakwa mengambil dadah apabila polis melakukan pemeriksaan.

Pemilik kedai mi tersebut walau bagaimanapun tidak sengaja mendedahkan bahawa dia telah menggunakan serbuk popi di dalam mi sup untuk menambah rasa makanan tersebut sehingga dapat menarik pelanggan datang semula ke kedainya.

Menurut laporan World Wide Web, insiden tersebut berlaku di wilayah Sanjiang Dong Autonomous County. Semasa pemeriksaan polis, seorang lelaki didapati mempunyai tindak balas dadah di dalam tubuhnya.

Lelaki tersebut walau bagaimanapun terkejut melihat hasil ujian tersebut dan berkali-kali meyakinkan pegawai polis bahawa dia tidak mengambil dadah dan ketika ditanya polis dia teringat bahawa dia telah makan semangkuk mi sup di sebuah kedai pada hari itu.

Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh lelaki tersebut, pihak polis kemudian menyamar sebagai pelanggan dan membungkus makanan di kedai tersebut dan dibawa ke balai polis untuk melakukan ujian.

Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa makanan tersebut positif dengan dadah jenis morfin. Pihak berkuasa serta merta melakukan serbuan dan menjumpai 76 gram serbuk popi di dalam premis tersebut. Pemilik kedai tersebut, Yang juga ditahan semasa serbuan tersebut.

Pemilik kedai mi kemudiannya mengakui bahawa dia telah menambah serbuk berkenaan ke dalam sup. Menurutnya lagi di kampungnya ada menanam pokok popi dan dia telah mengambil pokok tersebut dan diproses menjadi serbuk untuk digunakan di dalam makanan.

Dengan itu, pelanggan akan ketagih dengan makanan yang disediakan dan membuatkan mereka akan datang lagi. Hal ini dapat meningkatkan hasil perniagaannya.

Pada 17 Disember, Biro Keselamatan Awam Sanjiang telah memindahkan Yang kepada penguatkuasa untuk semakan dan pendakwaan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular