Lahir sahaja ke dunia pada tahun 1989, seorang bayi lelaki didapati telah ditinggalkan di kawasan pembuangan sampah di sebuah kawasan pedalaman di Florida.

Bayi malang yang dikenali sebagai Freddie Figgers itu kemudiannya telah dijumpai oleh seorang pejalan kaki, di mana dia memutuskan untuk menghubungi polis. Bayi tersebut kemudian dibawa ke hospital.

Freddie kemudiannya diberikan rawatan selama 2 hari di dalam wad dan setelah itu, dia ditempatkan di sebuah rumah kebajikan anak angkat. Dia bertuah kerana tidak lama kemudian, sepasang suami isteri telah mengambilnya sebagai anak angkat.

Pasangan itu, Nathan dan Betty difahamkan menetap di Quincy, Florida dan mereka telah pun mempunyai seorang anak perempuan.

Ketika di bangku sekolah, Freddie kerap dibuli dan dihina dengan panggilan ‘bayi sampah’ apabila orang lain mengetahui akan sejarah pahit hidupnya. “Ia berlaku di kawasan pedalaman jadi semua orang tahu akannya”, jelas Freddie yang kini berusia 30 tahun.

Freddie Figgers/Facebook

“Ibu bapa saya memberitahu perkara sebenar sebaik sahaja saya menginjak dewasa. Saya asyik fikirkannya ketika kecil dan saya mengaku ia agak memalukan ketika saya kecil dahulu”.

Nasibnya mula berubah ketika bapanya membayar sebanyak $25 (RM102) untuk sebuah komputer rosak jenama Macintosh tahun 1989 di sebuah kedai barangan terpakai. Nathan yang bekerja sebagai juruteknik di Florida State University itu kemudiannya membawa pulang komputer itu agar anaknya meluangkan masa membelek komputer itu.

“Bapa saya fikir komputer itu mungkin dapat membantu saya daripada masalah”, ujar Freddie. Ternyata niat bapanya itu betul. Freddie ‘membedah’ komputer itu lalu memasangnya beberapa kali. Dia kemudiannya tahu bahawa komputer itu dapat dihidupkan apabila dipasang dengan komponen daripada radio lama milik bapanya.

“Saya masih menyimpan komputer itu. Ia merupakan satu dorongan untuk saya meminati bidang teknologi”. Oleh kerana kemahirannya mengendali dan membaiki komputer, di usia 13 tahun, Freddie telah diambil bekerja membaiki komputer di bandar Quincy.

Dua tahun kemudian, dia memulakan syarikat pertamanya, Figgers Computers, di mana dia telah menyediakan perkhidmatan membaiki komputer daripada ruang tamu rumah keluarganya sahaja selain membantu pelanggan menyimpan data pada server yang diciptanya. Selepas mencipta sendiri pangkalan data awam, dia memutuskan untuk berhenti belajar.

Namun dia tidak menyarankan orang lain untuk mengikuti jejak langkahnya. Ketika berumur 17 tahun, dia menerima 150 orang pelanggan yang mahukan laman web dan penyimpanan pada fail mereka. Kemudian ketika 23 tahun, dia berjaya menjual program pengesan GPS kepada sebuah syarikat di Kansas dengan harga $2.2 juta (RM9 juta).

Freddie kini…

Freddie Figgers/Facebook

Namun langit bertukar gelap apabila bapanya disahkan menghidap Alzheimer dan kerap keluar sendiri apabila berasa keliru. Jadi, Freddie bertindak dengan mencipta peranti yang dimasukkan ke dalam kasutnya bagi membolehkan saya mengesan kedudukannya atau bercakap dengannya melalui kasutnya.

Pada tahun 2014, Nathan meninggal dunia sejurus sahaja Freddie memulakan Figgers Communications dan menbina 80 buah program perisian tersuai dengan hasil yang diterimanya daripada teknologi kasut pintar yang diciptanya. “Kehilangannya adalah saat yang sukar buat saya. Ia bukanlah sesuatu yang saya akan lupa. Saya sentiasa bersyukur untuk ibu bapa saya.

“Mereka mengajar saya untuk tidak membiarkan keadaan menentukan siapa saya”. Kini, Freddie tinggal di Parkland, Florida dan merupakan pengasas kepada Figgers Wireless – sebuah syarikat telekomunikasi persendirian yang bernilai lebih daripada $62 juta (RM235 juta).

Beliau juga mengendalikan Figgers Foundation yang menyumbang kepada pelbagai sebab, termasuklah usaha bantuan selepas bencana alam, biasiswa kolej untuk pelajar sekolah menengah dan bantuan bekalan sekolah untuk guru-guru yang mengalami masalah kewangan.

Freddie bersama ibu angkatnya, Betty Figgers

Twitter

“Perkara terbaik yang boleh dilakukan oleh seseorang adalah mempengaruhi orang lain,” kata Figgers, yang memberi kredit kepada ibu bapa angkat yang mempercayainya, menyokong dan membolehkannya menyalurkan tenaga pada projek komputer kreatif di usia muda.

Walaupun Figgers mengendalikan perniagaan menjual telefon pintar dan pelan data dengan jayanya, namun dia masih mempunyai minat mendalam terhadap gabungan teknologi dalam bidang penjagaan kesihatan dan keselamatan.

Dia menjual meter glukosa darah tanpa wayar khas untuk penghidap diabetes yang membolehkan pesakit memuat turun dan berkongsi tahap glukosa melalui teknologi bluetooth. Freddie juga sedang menjalankan projek yang serupa dengan teknologi ‘kasut pintar’nya untuk membantu keluarga berhubung dengan pesakit.

“Jika saya tidak diselamatkan, mungkin saya akan menjadi gelandangan ataupun sudah mati. Menurut Freddie, dia mengetahui bahawa ibu kandungnya merupakan seorang pelacur dan mempunyai masalah ketagihan dadah. Dia walau bagaimanapun tidak pernah dan tidak berniat langsung untuk menemui ibunya itu.

Freddie Figgers/Facebook

“Ibu bapa saya mengambil saya dan memberikan kasih sayang dan masa depan pada saya. Mereka lakukan semampunya untuk menjadikan dunia ini tempat terbaik. Itulah yang saya turut mahu lakukan”, jelasnya.

Dia kini memperisterikan Natlie Figgers, seorang peguam dan mereka berdua sangat menikmati saat membesarkan anak pertama mereka yang berusia 2 tahun, Rose.

Freddie Figgers/Facebook

“Saya berada pada kemuncak hidup saya dan gembira dengannya. Saya hanya insan biasa namun saya percaya bahawa saya mampu memberikan impak kepada orang lain. Saya mahu anak saya membesar dengan hakikat itu”, akhirinya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular