Nama Mesut Ozil dalam masa terdekat ini, sering kali menjadi sebutan warganet ekoran kelantangannya menyuarakan pendapat mengenai penindasan dan layanan teruk yang diterima oleh etnik Uighur oleh kerajaan China.

Oleh kerana itu, menurut sumber yang dipercayai, pemain bola sepak Arsenal itu dikhabarkan akan dikeluarkan daripada permainan video bola sepak popular, Konami eFootball Pro Evolution (PES) 2020 di China. Perkara itu telah disahkan sendiri oleh penerbit francais PES di China iaitu NetEase.

@Independent/Twitter

“Ozil telah mengeluarkan satu kenyataan yang ekstrim mengenai China di laman sosial. Ia telah mengguris hati peminat di China selain mencemari semangat kesukanan. Kami tidak boleh terima dan memaafkan perkara ini”, kata wakil NetEase menerusi satu kenyataan di laman Weibo.

Ozil yang berdarah Turki tersebut sebelum ini telah memuat naik satu kenyataan di media sosial yang menggelar golongan minoriti Uighur sebagai pahlawan yang menentang penganiayaan dan mengkritik tindakan keras China serta umat Islam di dunia yang membisu.

Menurut Menteri Luar China, Ozil telah terpedaya dan tertipu dengan berita palsu di platform media sosial. Sementara itu, Arsenal pula dengan pantas berkata bahawa kelab itu sentiasa mengamalkan prinsip untuk tidak mencampuri urusan politik.

Namun, tindakan berani Ozil menerima sokongan daripada bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang mempertahankan hak pemain bola untuk meluahkan pendapatnya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kebenaran SUKAN

Video Popular