Pembangunan ekonomi negara kita yang semakin rancak memerlukan ramai tenaga buruh dan kini hanya ‘dikuasai’ pekerja dari Bangladesh kerana orang tempatan kurang berminat.

Walaupun lambakan golongan itu, semua mereka mempunyai cerita tersendiri sebelum datang berhijrah ke sini.

Gambar Hiasan/YouTube

Baru-baru ini, seorang doktor berkongsi pengalaman merawat pesakit dari Bangladesh yang datang ke klinik dengan pakaian comot dan berpakaian lusuh.

Dr. Goh Aik Ping berkata, dia terkejut selepas pesakit menyebut nama penyakit dan ubat-ubat yang patut digunakan dalam istilah perubatan yang tepat.

Kejadian itu menyebabkan Dr. Goh Aik Ping  terkedu kerana tidak menyangka pekerja buruh  itu mampu menyebut dengan tepat sedangkan dia hanya pekerja buruh.

“Pesakit Bangladesh mengadu cirit-birit dan memberitahu yang dia mengesyaki dirinya menghidap ‘disentri’, satu istilah perubatan untuk jangkitan usus. Saya terkejut dan berhenti merawat seketika dan kemudian bertanya bagaimana dia tahu istilah tapi hanya mendiamkan diri,” kongsi Dr. Goh Aik menerusi Facebook, baru-baru ini.

Facebook

Selepas memeriksa pesakit berkenaan, doktor memberitahu pesakitnya hanya mengalami keradangan dalam perut, gastroenteris sebagai punca cirit-birit.

Katanya, belum sempat menerangkan preskripsi, pesakit berkenaan bertanya ubat-ubat tertentu yang hanya diketahui oleh pakar perubatan dan mahir dalam dunia kesihatan.

“Saya tertanya-tanya siapa pesakit ini sebenar kerana mengetahui perkara-perkara kompleks dalam dunia perubatan dan sebutan juga tepat,” katanya lagi

Dr. Goh Aik Ping kemudian merisik sebenar pesakit yang datang bertemunya sebelum mendedahkan dirinya merupakan seorang ahli farmasi.

Namun terpaksa meninggalkan kerjaya kerana ketidakstabilan politik di tanah air sendiri.

Malah, pesakit itu mengakui mempunyai seorang adik yang bertugas sebagai doktor. Namun terpaksa meninggalkan kerjaya yang diceburi kerana tidak selamat di negara sendiri.

Luluh hati mendengar penjelasan berkenaan, Dr. Goh Aik Ping mengakui sedih kerana terpaksa meninggalkan tanah air sendiri dan terpaksa merantau ke negara orang semata-mata mencari rezeki.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular