- Era Baru Malaysia - http://mb.erabaru.com.my -

Gara-gara selalu kerja lebih masa, lelaki ini maut ketika sedang ditemuduga untuk kerja baharu

Seorang lelaki berusia 36 tahun dari China dilaporkan menemui ajalnya selepas tidak sedarkan diri dalam satu sesi temuduga pekerjaan. Lelaki yang berasal dari Hangzhou dikatakan sedang menghadiri sesi temuduga untuk jawatan kosong di sebuah syarikat pada 26 November lalu.

Pexel | Ruslan Burlaka [1]

Bagaimanapun, lelaki berkenaan didapati pengsan tidak sedarkan diri di hadapan penemubual sekali gus menyebabkan panggilan kecemasan segera dibuat. Sebaik sahaja tiba di hospital, doktor yang memeriksa keadaan lelaki ini memaklumkan bahawa anak matanya sudah membesar sehingga ke bahagian hujung mata manakala jantungnya pula sudah berhenti berdegup.

Pexel | Freestock.org [2]

Memetik kenyataan salah seorang doktornya iaitu Dr Shi Hong Wei, mangsa disahkan mati akibat kegagalan fungsi jantung secara mengejut. Dr Shi turut memaklumkan China Press [3] bahawa individu yang berisiko tinggi untuk mengalami penyakit ini adalah golongan pesakit tekanan darah tinggi dan juga pesakit jantung koronari. Namun, Dr Shi mendedahkan risiko ini juga boleh berlaku kepada individu yang sihat.

Sementara itu, menurut kenyataan penemuduga, mangsa ada memberitahunya bahawa dia sering kerja lebih masa dan pulang lewat malam di tempat kerja lamanya. Disebabkan itulah, mangsa menghadiri temuduga tersebut bertujuan untuk mencari pekerjaan baharu dengan suasana kerja yang lebih baik.

Pada masa yang sama, Dr Shi turut mendedahkan bahawa beliau pernah berhadapan dengan satu kes yang sama di mana seorang pekerja telah dimasukkan ke hospital gara-gara mengalami serangan jantung. Bagaimanapun setelah menerima rawatan, pekerja berkenaan dikatakan enggan keluar dari hospital kerana terdapat banyak tugasan di pejabat yang menantinya…

Berikut merupakan simptom-simptom dan apa yang perlu anda lakukan sekiranya berada dalam situasi seseorang mengalami serangan jantung.

A) Simptom:

B) Apa yang perlu dilakukan:

Justeru, beringatlah! Jangan jadi hamba kepada pekerjaan anda. Anda mungkin sayang kerja anda, tetapi jika anda tidak menjaga kesihatan diri, sekelip mata sahaja majikan akan mencari pengganti anda. Renung-renungkan…

loading...