- Era Baru Malaysia - http://mb.erabaru.com.my -

Lelaki kongsi pengalaman kerja tangkap anjing jalanan dan balasan yang memeritkan diterima

Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat itu adat manusia.

Itu berlaku kepada seorang pemuda yang berkongsi pengalaman mengenai anjing-anjing jalanan yang pernah ditangkapnya.

Menerusi posting berkenaan, lelaki yang tidak mahu identitinya dikenali berkongsi pengalaman menyedihkan mengenai pekerjaan yang dilakukan iaitu menangkap anjing-anjing jalanan yang dikendalikan sebuah majlis perbandaran.

Akui lelaki berkenaan, anjing-anjing jalanan yang ditangkap oleh majlis perbandaran sebenarnya bukan dilepaskan di hutan seperti yang di dakwa oleh majlis perbandaran sebaliknya dibunuh dengan kejam.

Instagram | yolopets_foundation [1]

Menurut lelaki terbabit, sebelum ini dia bekerja di Bahagian Pengurusan Sisa Pepejal sebuah majlis perbandaran dan bertanggungjawab untuk menangkap haiwan jalanan selepas laporan orang awam diterimanya.

Lebih menyedihkan, semenjak dia melakukan pekerjaan tersebut, pelbagai perkara aneh telah berlaku kepada dirinya dan keluarga.

Lebih memeritkan apabila dia dikurnikan anak yang cacat.

“Isteri aku pengsan tengok keadaan anak kami. Lehernya ditebuk. Bunyi pernafasannya sama seperti nafas anjing yang aku bunuh,” katanya.

Menerusi posting di laman Instagram terbabit, lelaki itu berkata dia sebelum ini pernah bertindak zalim untuk membunuh dengan menjerut anjing sehingga mati sampaikan ada yang terkeluar matanya.

Malah, lebih menyedihkan ada juga haiwan jalanan yang dipukul teruk.

Keadaan tersebut itu kemudian diperlaku kepada anaknya sendiri yang ‘terseksa’ ketika dirawat di hospital.

“Lapan bulan anak aku terseksa. Dia dicucuk sana sini ketika baru berusia dua bulan. Nafasnya tersekat-sekat dan mulutnya berbuih.”

“Aku teringatkan anak anjing yang pernah aku bunuh. Tidak kiralah jika ia baru sahaja dilahirkan, semua kami bunuh. Aku menyesal. Tuhan ambil anak aku lepas lapan bulan dia terseksa,” ujarnya lagi yang menyesal dengan perbuatannya.

Lelaki berkenaan berkata selepas anaknya meninggal dunia, dia terus mengubah kehidupan dengan mengambil tindakan berhenti kerja.

Dia kemudian tekad membuat keputusan untuk berhenti kerja ekoran tidak sanggup lagi memperlakukan haiwan jalanan sebegitu rupa.

Dalam masa sama, dia sempat menasihati rakan-rakannya yang masih lagi meneruskan pekerjaan sama supaya segera bertaubat.

loading...