Rang undang-undang ekstradisi yang dicadangkan pada bulan April telah ditarik balik pada akhir bulan Oktober. Namun begitu, penunjuk perasaan masih meneruskan demonstrasi jalanan bagi menentang pemerintahan kerajaan Hong Kong yang dipengaruhi Parti Komunis China serta mendesak pemimpin Carrie Lam meletak jawatan.

Demonstrasi jalanan yang aman kini kebanyakannya bertukar ganas apabila pihak polis pencegah rusuhan di Hong Kong mula memukul penunjuk perasaan dan sudah terbiasa melepaskan gas pemedih mata termasuk di khalayak orang awam yang tidak bersalah sehinggakan haiwan juga turut tidak terkecuali merasai kepedihannya.

Daily Mail/Facebook

Semua mengetahui apabila gas pemedih mata dilemparkan kepada khalayak ramai, bagi yang terkena kesannya amat memeritkan.

Reaksi tindak balas yang kebiasaannya akan menyebabkan mata akan terasa teramat pedih dengan kulit terasa gatal dan panas di samping mengalami sakit tekak dan kesukaran bernafas.

Daily Mail/Facebook

Haiwan yang terkena gas pemedih mata juga tidak terkecuali mengalami kesan yang sama. Walaupun tikus itu haiwan yang kotor, namun ketika dia sedang bertarung dengan nyawanya dan menjadi lemah selepas terhidu gas pemedih mata, seorang pemprotes yang prihatin telah menyelamatkannya.

Daily Mail/Facebook

Wartawan Mantai Chow telah merakam sebuah video di Storyful menunjukkan seekor tikus tidak bergerak di tepi lorong jalanan di Causeway Bay dipercayai terkena gas pemedih mata yang telah dilemparkan oleh pihak polis kepada penunjuk perasaan dalam demonstrasi jalanan minggu ke-22 yang berlaku pada 2 November.

Daily Mail/Facebook

Tikus ini tidak bergerak dan menjadi lemah akibat terhidu gas pemedih mata, namun telah cuba diselamatkan oleh salah seorang penunjuk perasaan yang berbelas kasihan terhadap haiwan ini walaupun dia haiwan yang kotor serta membawa wabak penyakit.

Daily Mail/Facebook

Rakaman video menunjukkan tikus ini bertindak balas sebaik sahaja penunjuk perasaan itu menyiram air ke atas mata dan kepala serta keseluruhan badannya selepas itu.

Daily Mail/Facebook

Tikus tersebut didapati bangkit kembali dan membuat pergerakan kecil selepas sebotol air telah dituang ke atas kepala dan badannya.

Daily Mail/Facebook

Walaupun tidak diketahui nasib tikus tersebut selepas itu, tindakan penunjuk perasaan yang prihatin ini menunjukkan kepada kita bahawa semua haiwan berhak untuk hidup dengan baik walaupun dia haiwan yang kotor.

Daily Mail/Facebook

Penunjuk perasaan terus berdemontrasi demi menuntut hak mereka untuk mengembalikan keamanan dan kestabilan politik wilayah autonomi Hong Kong tanpa campur tangan mutlak serta dipengaruhi kerajaan di China.

Tonton video di bawah :

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular