LONDON: Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia selepas doktor yang merawat gigi mencabut 10 batang gigi dalam tempoh seminggu.

Kejadian menyedihkan itu berlaku di bandar Purley, Surrey England selepas wanita yang mengalami masalah gusi mengunjungi sebuah klinik gigi.

Gambar Hiasan/PXHere

Memetik The Sun British berkata, wanita berkenaan mengunjungi klinik gigi di Purley itu pada 7 Julai dan diberikan temujanji enam hari kemudian.

Malah dalam temujanji pertama pada 13 Julai, Dr. Tushar Patel mencabut gigi lima batang gigi manakala 5 batang lagi dalam temujanji kedua pada 18 Julai 2017.

Namun selepas temujanji kedua, wanita yang tidak didedahkan identiti berkenaan mengalami pendarahan yang kritikal.

Malah wanita berkenaan dilaporkan rebah sebelum meninggal dunia.

Terdahulu, pesakit wanita berkenaan memberitahu dia mengambil Warfarin, sejenis ubat yang digunakan untuk mencegah atau mengurangkan darah beku.

Selepas Majlis Pergigian Umum (GDC) mendengar keterangan Dr. Patel yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam dunia perubatan mendapati beliau gagal memberikan penerangan tentang risiko pendarahan kepada pesakit selepas mengambil Warfarin.

Doktor berkenaan kini telah digantung tugas selama setahun selepas dilaporkan tidak mengikuti prosedur tepat sehingga menyebabkan kematian.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular